About Us

Pengenalan

Misi
Membentuk satu organisasi yang menjadi penyalur dan penyebar korpus ilmu peribumi dan pemikiran Bangi yang mantap dan berkesan sesuai dengan cabaran globalisasi semasa melalui penerbitan.

Wawasan
Menjadi peneraju penerbitan ilmiah dan penerbitan universiti dalam dunia komunikasi ilmiah

Matlamat
Memperkasakan ilmu peribumi Malaysiana serta Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu melalui penerbitan ilmiah dan penerbitan universiti.

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia adalah imprin penerbitan ilmiah universiti yang diletak di bawah Pejabat Canselori. Penerbit UKM ditadbir oleh Jawatankuasa Penerbitan Universiti yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi. Pada masa ini Penerbit UKM diketuai oleh seorang Pengerusi yang bertanggungjawab kepada Naib Canselor dan juga Pengerusi Sidang Pengarang Universiti. Tugas Sidang Pengarang Universiti memutuskan sama ada sesebuah manuskrip mempunyai mutu isi dan ilmiah yang sesuai untuk diterbitkan. Jawatankuasa penerbitan telah ditubuhkan pada tahun 1970 dan dalam mesyuarat pada bulan Januari 1971 telah ditetapkan bahawa segala penerbitan ilmiah/akademik dalam bentuk buku, jurnal dan sebagainya yang diusahakan dalam universiti hendaklah disalurkan melalui Sidang Pengarang Universiti. Sejak tahun 1989 Naib Canselor secara rasmi melantik anggota Sidang Pengarang dan juga ketua-ketua penyunting jurnal universiti. 

Dasar Perolehan Manuskrip  
Penerbit UKM mengutamakan penerbitan karya asli dalam bahasa Melayu. Dalam pada itu, karya dalam bahasa Inggeris atau bahasa lain dan terjemahan ke dalam bahasa Melayu juga diberi pertimbangan. Penerbit menerima karya dalam hampir semua cabang ilmu pengetahuan dengan tumpuan kepada kegunaan karya itu terutamanya kepada pelajar, sarjana, penyelidik, kakitangan kerajaan, golongan profesional dan peminat. 

Bantuan Penulis  
Dalam rangka untuk menggalakkan lebih ramai kakitangan menulis dan mengeluarkan buku yang bermutu, bantuan kewangan yang terhad disediakan bagi kakitangan UKM yang dalam proses menyiapkan karya mereka. Bantuan penulisan bagi sesebuah karya yang diberikan tidak melebih RM750. Penerbit juga memberikan bantuan penyediaan ilustrasi tidak melebihi RM500. Kakitangan UKM yang berhasrat memperolehi bantuan hendaklah menyampaikan abastak, senarai kandungan manuskrip dan beberapa bab contoh yang sudah ditulis. 

Royalti dan Honorarium  
Pada dasarnya buku-buku yang diterbitkan akan diberikan royalti dengan kadar 10%-20% daripada harga buku dibayar mengikut jumlah cetak. Dalam penerbitan jurnal, para penyumbang tidak diberi sebarang honorarium atau royalti, kecuali off-prin. Manakala bagi bentuk penerbitan lain, sejumlah honorarium yang kecil dibayar, terutama untuk penyunting sesebuah karya (volume editor) atau editor umum yang melakukan kerja-kerja penyuntingan. 

DASAR DAN PERATURAN

Semua perkhidmatan Pusat Penerbitan hendaklah terikat dengan kegiatan utama Universiti meliputi pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, syarahan, penerbitan, pentadbiran, hal-ehwal pelajar, kebudayaan kebangsaan dan keagamaan (Islam). 

Peranan 

  • Berfungsi sebagai jabatan penerbitan yang menerbitkan dan mencetak bahan terbitan untuk keperluan penerbitan ilmiah dan penerbitan universiti lain. 
  • Merancang dan menetapkan dasar penerbitan dan percetakan universiti. Berfungsi sebagai "pusat kemudahan penerbitan elektronik / multimedia". 
  • Mengembangkan konsep "penerbitan" dan "pengeluaran" selain daripada bentuk konvensyenal yang wujud sekarang dengan menggunakan teknologi maklumat dengan lebih bersungguh-sungguh. 
  • Menghasilkan terbitan ilmiah dan terbitan universiti yang lain dalam bentuk konvensyenal dan digital seperti berikut: 
    a. Buku, monograf, jurnal bercetak ofset 
    b. Buku, monograf, jurnal bercetak secara online teknologi digital 
    c. Terbitan jurnal online elektronik / dalam laman web.
    d. Dokumentasi digital koleksi bahan saintifik Malaysiana. 
    e. Dokumentasi digital laporan penyelidikan Universiti.
    f. Mempelopori pembinaan koleksi korpus Melayu digital. 
    g. Menerbitkan tesis dalam digital.
  • Menghasilkan produk baru meliputi bahan pengajaran dan pembelajaran, dan penerbitan bahan kuliah dalam Web. 
  • Tugas dan fungsi Penerbit UKM sebagai penerbit buku, monograf dan jurnal ilmiah universiti akan dikekalkan seperti dalam peraturan yang sedia ada.
  • Menjalankan fungsi urusetia untuk tiga jawatankuasa seperti di bawah: 
    a. Sidang Pengarang Universiti yang khas menimbangkan dasar penerbitan ilmiah universiti dan menimbangkan penerbitan karya ilmiah melalui Penerbit UKM akan terus berjalan dengan peraturan yang ada; 
    b. Jawatankuasa Penerbitan (dan Percetakan) yang akan menjadi badan penyelaras penerbitan dan pengeluaran produk terbitan lain. (Peraturan baru mengenai Jawatankuasa Penerbitan akan dikeluarkan). 
  • Mengadakan latihan untuk kakitangan akademik dalam penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran termasuk latihan dalam bidang penulisan dan penerbitan khususnya untuk penerbitan multimedi

Semua perkhidmatan Pusat Penerbitan hendaklah terikat dengan kegiatan utama Universiti meliputi pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, syarahan, penerbitan, pentadbiran, hal-ehwal pelajar, kebudayaan kebangsaan dan keagamaan (Islam).