Keselamatan Insan di Malaysia dan Indonesia dari Pemerdagangan Manusia ke Pemanasan Global

Product Code: 978-967-412-105-1
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 978-967-412-105-1
  • 194 halaman (kulit lembut)
  • Rashila Ramli & Nor Azizan Idris (Suntingan)

 

Banyak ancaman baru kepada keselamatan insan telah timbul dan ancaman bentuk
tradisional semakin meningkat seiring dengan kepantasan rentak globalisasi yang
mengatasi keupayaan kerajaan untuk bertindak-balas dan membentuk polisi baru
menangani masalah keselamatan ini. Di Asia Tenggara, isu keselamatan insan kini
mula mendapat perhatian kerajaan. Negara sebagai penjamin kepada keselamtan rakyat
sepatutnya dapat melindungi insan daripada ancaman serius yang mereka hadapi dan
ancaman dalam era globalisasi ini bukan sahaja akibat daripada peperangan antara
negara dan penyemarakan senjata nuklear, tetapi juga daripada masalah alam sekitar,
penyakit, kebuluran, keganasan terhadap wanita, penyebaran senjata kecil dan ringan
(SKR), pemerdagangan manusia dan terorisme. Penggunaan konsep dan kajian mengenai
keselamatan insan di Malaysia boleh disusur galur mulai awal 2003, apabila ahli
akademik Malaysia, telah mula menggunakan konsep ini. Oleh itu persoalannya, apakah
isu yang sering kali dikaitkan dengan keselamatan insan dalam konteks keselamatan
negara. Berdasarkan tujuh kategori yang dikenal pasti oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) sebelum ini, buku ini akan membincangkan secara mendalam tentang
bentuk ancaman yang dihadapi oleh insan di Malaysia dan Indonesia dengan fokus
lebih khusus kepada isu pemerdangangan manusia, keselamatan peribadi (wanita),
pengedaran senjata kecil dan ringan (SKR), isu keselamatan makanan serta masalah
pemanasan global.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: