Aplikasi Praktik Teori Kaunseling & Psikoterapi

Product Code: 978-967-412-196-9
Availability: In Stock
Price:
RM40.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 978-967-412-196-9
  • 254 halaman (kulit lembut)
  • Nor Shafrin Ahmad, Rohany Nasir

 

Perkhidmatan kaunseling kini diterima dengan baik di Malaysia. Kaunselor ditempatkan
di pelbagai kedudukan sama ada di sekolah, sektor pekerjaan awam dan swasta, institusi
malahan orang ramai kini sanggup membayar perkhidmatan kaunselor terlatih dalam
proses mereka mendapatkan bantuan kaunseling. Persoalan yang sering ditanya oleh
kaunselor pelatih ialah mengapa perlunya teori kaunseling sedangkan yang penting ialah
proses membantu klien itu sendiri. Namun pada hakikatnya teori kaunseling itu penting
dan perlu kerana ia menjadi garis panduan kepada para kaunselor dalam mengendalikan
kaunseling. Selain daripada menentukan orientasi kaunseling seseorang kaunselor, teori
yang digunakan memberi gambaran pegangan kaunselor itu tentang sifat semula jadi
manusia. Dalam usaha memberi kaunseling, para pengamal kaunseling menggunakan
pelbagai pendekatan sama ada berorientasikan kognitif, humanistik dan tingkah laku.
Malahan gabungan teori yanga asalnya daripada barat ini telah digabungjalinkan dan
disesuaikan dengan pengalaman, budaya, fahaman dan adat resam para kaunselor.
Gabungan dan penyesuaian ini dilihat menjadi lebih baik dan sesuai dengan klien yang
berlatarbelakangkan negara kita, Malaysia. Sebanyak lapan teori utama dibincangkan;
Psikoanalisis, Psikologi Individu, Pemusatan Insan, Gestalt, Rasional Emotif Tingkah
laku, Kognitif, analisis Transaksional dan Realiti. Dalam usaha untuk membantu para
pembaca dan mengaplikasikan teori dalam praktif kaunseling dan psikoterapi, satu
kes yang sama telah digunakan sebagai rujukan. Aspek penting teori seperti konsep,
pandangan teori tentang sifat manusia, teknik dibincangkan. Aplikasi teori dalam praktif
kaunseling dan psikoterapi dibincangkan dengan keterangan tentang langkah serta teknik
yang digunakan dalam mengendalikan kes.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: