Memoir Ghazali Shafie: Penubuhan Malaysia

Product Code: 9789674122652
Availability: In Stock
Price:
RM90.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 9789674122652
  • (kulit lembut). 552 halaman
  • Ghazali Shafie. RM90.00

Di dalam memoir ini, Ghazali Shafie menulis mengikut kronologi pembentukan Malaysia yang sebenarnya. Beliau merasakan adalah menjadi tanggungjawab beliau kepada generasi baru untuk menceritakan sejarah negara yang terpenting dalam perspektif yang betul. Memoir ini merupakan kisah Tunku Abdul Rahman dan peranan beliau dalam membentuk negara yang rakyat Malaysia cintai. Tun Abdul Razak juga memainkan peranan yang penting dalam memacu Inter-Governmental Committee (ICC), sebuah badan yang membuka jalan kepada kemerdekaan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia.   Malaysia, khususnya, Sabah dan Sarawak terhutang budi kepada anak pribumi ini atas jasa beliau kepada tanah air. Bagi Ghazali Shafie, beliau berasa puas hati dan gembira kerana telah diberi kepercayaan oleh Tunku untuk merealisasikan satu impian yang sukar dicapai yang telah melepaskan rakyat dari kecaman penjajahan. Melalui sejarah pembetukan Malaysia, rakyat boleh menikmati hidup “Bersatu Bertambah Mutu” dan kuasa politik bersama. Memoir ini sesuai untuk dijadikan panduan yang berguna kepada pelajar sejarah dan diplomasi serta menjadi teladan kepada generasi baru tentang perit getir usaha dan perjuangan dalam menjayakan pembentukan Malaysia.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: