Memoir Khatijah Sidek: Puteri Kesatria Bangsa (cet. 3)

Product Code: 9789679423085
Availability: In Stock
Price:
RM25.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2010. ISBN 9789679423085
  • (kulit lembut). 190 halaman
  • Khatijah Sidek

‚Äč

Khatijah Sidek ialah pemimpin wanita UMNO yang pertama dengan lantang dan terbuka memperjuangkan supaya hak wanita dalam parti disamatarafkan dengan hak kaum lelaki. Di Persidangan Agung UMNO 1953, beliau menuntut supaya kaum ibu diberikan hak mengundi dan ditambahkan bilangan wakil mereka di peringkat kebangsaan. Gaya bicara dan tindakan beliau di persidangan ini telah menjadikan beliau lebih kontroversial di kata mata ahli biasa dan pemimpin konservatif dalam UMNO yang belum bersedia untuk memberi tempat kepada wanita dalam pucuk pimpinan parti. Beliau dilabel sebagai keterlaluan, panas baran dan tidak sesuai untuk perjuangan UMNO yang mempunyai imej sederhana, mementingkan cara perundingan, mengelak daripada pertentangan terbuka, bertolak ansur dan mengalah kepada pucuk pimpinan. Ini bertentangan dengan gaya kepimpinan beliau sendiri yang sentiasa bersifat berani, mencabar dan menentang sebarang penyelewengan atau kelemahan secara terbuka. Gaya inilah yang banyak menyebabkan sejarah kegiatan politik Khatijah Sidek dirempahi oleh ketegangan, krisis pucuk pimpinan dan penyingkiran. Demikianlah Khatijah memperlihatkan bagaimana gaya politik kita yang sejak dahulu sering menenggelamkan orang-orang seperti beliau.

 

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: