Memoir Mohamed Salleh Lamry: Guru Melayu Terakhir

Product Code: 9789679428889
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2009. ISBN 9789679428889
  • (Kulit Lembut). 228 halaman
  • Mohamed Salleh Lamry

‚Äč

Mohamed Salleh Lamry adalah salah seorang daripada kumpulan guru Melayu terakhir yang dilantik daripada kalangan orang yang berpendidikan sekolah rendah. Beliau menjadi guru dan melepaskan peluang keemasan untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah atas kehendak keluarga. Menyedari bahawa status guru sekolah Melayu adalah rendah, usaha meninggikan status diri telah dilakukannya hampir sepanjang hayat. Salleh mengambil peperiksaan SRP dan SPM dengan cara belajar sendiri. Kemudian beliau mencari haluan lain menuju ke menara gading iaitu ke UKM dengan mengambil peperiksaan STPM. Akhirnya, beliau ditawarkan menjadi tutor sambil mengambil ijazah Sarjana setelah mendapat ijazah Sarjanamuda. Beliau meneruskan kerjayanya: bermula sebagai pensyarah, kemudian Profesor Madya dan berakhir sebagai Sarjana Tamu. Usaha meninggikan status diri hanya berakhir dengan mengambil ijazah Doktor Falsafah. Walaupun tidak Berjaya menjadi seorang penulis kreatif, tetapi aktiviti penulisan yang dilakukannya ketika bertugas sebagai guru dan tutor telah memberikannya kelebihan dan kemahiran untuk menulis karya ilmiah. Minatnya terhadap politik dapat dipenuhi setelah bekerja di universiti dengan membuat pelbagai kajian tentang politik. Beliau berpengalaman menemuramah beberapa orang tokoh Komunis Melayu, seperti Rashid Maidin dan Abdullah C.D., iaitu ketika menjalankan kajian tentang politik kiri yang membawa kepada kelahiran salah satu bukunya yang penting iaitu Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan. Warna-warni rencah kehidupan, jua pengalamannya dipaparkan dalam memoir ini bersama-sama beberapa kisah lain.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: