Memoir Kalam Hamidi: Dari Panggung Victoria ke Istana Budaya

Product Code: 9679425568
Availability: In Stock
Price:
RM25.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2001. ISBN 9679425568
  • kulit lembut
  • RM25.00

 

​​Siapa yang menyenangi Kalam Hamidi? Tokoh drama dan teater ini berbadan gempal, besar dan pendek. Matanya bulat. Bicaranya tegas bercampur sinis. Suaranya meninggi. Panas baran selalu mengekorinya ke sesi latihan teater. Tidak ramai yang betah berlakon di bawah arahannya. Apa lagi bersahabat dengannya. Kalam sendiri, dalam memoirnya ini mengakui: egonya tinggi. Di sebalik watak garangnya ini, Kalam menunjuk ajar ramai pemuda pemudi yang mahu berjinak dengan drama dan seni lakon. Kalam juga seorang pendendam. Suatu hari beliau dirotan oleh guru pondok di Sungai Udang hanya kerana beliau mengepalai beberapa murid sekolah itu bermain bola. Hukuman bagi kesilapan itu, kepada Kalam adalah keterlaluan. Beliau angkat kaki dan pulang ke kampung. Peristiwa tersebut berbekas di hatinya dan masih diingati apabila terserempak dengan guru tersebut bertahun-tahun kemudian sewaktu menunaikan fardhu haji di Mekah. Di bahagian lain memoir ini Kalam menceritakan bagaimana beliau membelasah seorang teman yang melarikan manuskripnya. Kalam sempat menyulam memoir ini dengan kisah cinta pertamanya dengan Masmerah, gadis Brunei. Kisah cinta dua darjat ini mendapat halangan keluarga si gadis. Kekasihnya dikahwinkan dengan teruna yang setaraf tetapi berakhir dengan kematian setelah bekas kekasihnya itu disahkan menghidap barah otak. Kalam membawa diri pulang ke Singapura. Hatinya berbunga kembali setelah menemui Sa’diah, seorang gadis yang masih menuntut yang akhirnya dipilih menjadi teman hidup sehingga sekarang. Kisah kegigihan dan keperitan hidup anak seni yang tidak mengharapkan keuntungan ini juga memperlihatkan kekuatan watak Kalam mengharungi kehidupannya sebagai peniaga gerai makanan. Demikianlah Kalam mementaskan kembali beberapa babak daripada drama kehidupannya sendiri sejak mula menghendap-hendap di dinding Victoria Hall di Singapura sehinggalah diberi peluang mementaskan Nyiur Gading Puncak Mahligai di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: