Malaysia - Indonesia: Bahasa Sastera dan Budaya

Product Code: 9789674122713
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 9789674122713
  • (kulit lembut). 230 halaman
  • Maslida Yusof, Mohammed Azlan Mis, Yusmilayati Yunos & Mohamad Rodzi Abd. Razak (sunt.)

‚Äč

Buku Malaysia-Indonesia: Bahasa, Sastera dan Budaya ialah hasil daripada Simposium Kebudayaan Indonesia-Malaysia (SKIM) 2011 antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), khususnya Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dengan Universitas Padjajaran Indonesia (UNPAD).   Kerjasama dua hala dalam penganjuran simposium ini telah menjadi medan pertemuan antara kedua-dua buah negara dalam membincangkan isu-isu kebudayaan dari perspektif teori, konsep dan metodologi bidang ilmu yang semakin pesat berkembang dari masa ke semasa. Bertolak dari realiti dan pemikiran demikian, muncul pelbagai persoalan menarik telah dibincangkan dalam SKIM XII 2011.   Dalam kerangka tema SKIM XII, iaitu Pemerkasaan Modal Insan: Ke Arah Kesejahteraan Serantau, sebanyak 17 rencana yang mencakupi perbincangan modal insan dari sudut bahasa, saster adan budaya di kedua-dua negara telah dimuatkan dalam buku ini.   Kajian dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan seperti bidang bahasa, budaya dan sastera perlu dilakukan sebagai sebahagian usaha untuk membangun dan pemerkasaan modal insan. Maka buku ini memberi tumpuan kepada aspek cara hidup dari segi berbahasa dan juga peradaban sesuatu masyarakat sebagai binaan jati diri bagi mengukuh modal insan yang seharusnya menjadi model kepada negara lain dalam menangani aspek nilai dan jati diri sebagai pemacu kepada pertumbuhan negara.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: