Ilmu Teras Persuratan Melayu

Product Code: 9789674123987
Availability: In Stock
Price:
RM40.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2016. ISBN 9789674123987
  • (kulit lembut). 407 halaman
  • Ungku Maimunah Mohd. Tahir (sunt.)

Buku ini adalah edisi kedua bahagian teori buku Kedudukan Ilmu dalam Kesusasteraan: Teori dan Praktis (2010). Satu bab baharu yang lumayan panjangnya telah ditambah untuk membicarakan perihal ilmu daripada perspektif Islam, Barat dan Melayu. Buku ini juga memberi gambaran menyeluruh tentang ilmu daripada ketiga-tiga perspektif tersebut dan kesannya ke atas sastera Melayu. Secara keseluruhan, beberapa perkara penting seperti soal sumber ilmu, tafsirannya, kedudukannya dalam tulisan kreatif dan kritikan, cara berurusan dengan sumber Islami dan bukan Islami serta paparannya dalam karya kreatif dan kritikan dibincangkan. Perbincangan yang diutara jelas dan relevan bagi konteks sastera Melayu dewasa ini yang banyak menerapkan idea, konsep dan teori Barat pada satu pihak, sementara pada pihak yang lain pula menggunakan bahan Islami seperti al-Qur’an dan Hadith guna memberi nuansa agama Islam kepada tulisan yang dihasilkan.   Buku ini memperlihatkan dengan jelas sejauh mana tafsiran dan konsep ilmu yang mendasari sumber Islam dan bukan Islam ini telah ditangani dalam karya kreatif dan kritikan Melayu – sama ada dengan kewaspadaan atau sebaliknya.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: