Novel Interteksual Melayu

Product Code: 9789679429206
Availability: In Stock
Price:
RM60.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2010. ISBN 9789679429206
  • (kulit lembut). 494 halaman
  • Mawar Shafei

‚Äč

Novel Intertekstual Melayu antara lain membincangkan salah satu bentuk kreativiti kepengarangan Melayu. Ia adalah hubungan antara teks yang wujud dalam pembikinan novel Melayu. Penulisnya menggariskan empat rumus utama bagi memperagakan hubungan itu. Rumus berkenaan adalah hubungan novel kajian dengan teks tradisional, teks awal pengarang sendiri, teks awal pengarang lain dan teks bukan kreatif. Aplikasi kajian ini menumpukan ke atas novel yang dihasilkan di Malaysia, Indonesia dan Singapura. Pengarang yang difokuskan adalah Anwar Ridhwan, Putu Wijaya dan Suratman Markasan. Empat novel Anwar Ridhwan yang dimanfaatkan dalam penulisan ini ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, Arus, Di Negeri Belalang dan Naratif Ogonshoto. Bagi kajian kesusteraan Indonesia, novel Perang, Lho, Telegram dan Nyali karya Putu Wijaya, dianalisis. Novel Suratman Markasan pula adalah Tiga Lelaki, Tak Ada Jalan Keluar, Subuh Hilang Senja, Penghulu yang Hilang Segala-galanya dan Di Bumi Mana. Di samping tiga pengarang utama ini, beberapa pengarang lain dibincang sama dengan novel masing-masing. Bagi Malaysia mereka adalah Mohd. Nasir Zainal Abidin (Saksila Lekir), Azizi Hj. Abdullah (Seorang Tua di Kaki Gunung), A. Samad Said (Hujan Pagi) dan Zaharah Nawawi (Panglima Salleh Selimpang Merah). Sementara Indonesia ialah Marah Rusli (Sitti Nurbaya), Trisnoyuwono (Pagar Kawat Berduri), Pramoedya Ananta Toer (Keluarga Gerilya) dan Hamka (Tenggelamnya Kapal van der Wijck). Pengarang Singapura yang dijuruskan adalah Harun Aminurrashid (Jong Batu atau Anak Nakhoda Manis), Muhammad Ariff Ahmad (Syarifah), Mohamed Latiff Mohamed (Batas Langit) dan Isa Kamari (Satu Bumi).

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: