Kelopak Pemikiran Sastera Melayu (kulit lembut)

Product Code: 9789679428254
Availability: In Stock
Price:
RM100.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2009. ISBN 9789679428254
  • (kulit lembut) 866 halaman
  • Siti Hawa Haji Salleh

Kelopak Pemikiran Sastera Melayu menghidangkan sejumlah makalah ahasil penelitian dan penyelidikan penelitinya dalam beberapa genre Kesusasteraan Melayu Tradisional. Penjelajahan peneliti dalam bidang kesusasteraan Melayu tradisional bermula dengan Hikayat Merong Mahawangsa untuk memperoleh Ijazah Srjana Sastera di Universiti Malaya. Latihan intensif dalam pengaplikasian pendektana Ilmu Filologi dapat dilihat dari pelbagai makalah dalam bidang kesusasteraan Melayu tradisional seperti sastera rakyat, sastera hikayat, sastera sejarah tradisonal, sastera epic, undang-undang Melayu lama dan lain-lain. Pelbagai karya zaman tradisioanl tercipta dalam bentuk prosa dan puisi – khasnya syair – untuk memperturunkan kepelbagaian aspek pemikiran masyarakat Melayu – Nusantara zaman silam dalam karya seperti Hikayat Raja Pasai, Hikayat Acheh, Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Banjar, Syair Perang Mengkasar dan lain-lain yang termasuk ke dalam genre penulisan sejarah tradisional. Beberapa sastera hikayat juga tertulis dalam kedua-dua bentuk prosa dan syair termasuk Hikayat Ismayatim, Hikayat Marakarma, Hikayat Gul Bakawali dan lain-lain di samping Syair Siti Zubaidah Perang Cina, Syair Sultan Maulana, Syair Awang Semaun. Kelopak Pemikiran Sastera Melayu juga mengemukakan beberapa makalah yang menggunakan pendekatan Ilmu Filologi untuk meneliti beberapa hasil Kesusasteraan Melayu tradisional. Dapat dilihat dengan jelas betapa pentingnya metodologi dan pendektan Ilmu Filologi diamalkan bagi meneliti karya-karya ilmiah dalam perbendaharaan pernaskhahan Melayu.

 

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: