Islam Feminisme Barat dan Sastera Melayu

Product Code: 978-967-412-091-7
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 978-967-412-091-7
  • 184 halaman (kulit lembut)
  • Ungku Maimunah Mohd. Tahir & Zulkarnain Mohamed

 

Buku ini menjurus kepada persoalan yang sering mendapat perhatian dalam medan
kesusasteraan iaitu wanita serta pemerihalan dan penampilannya dalam karya kreatif.
Dalam konteks sastera Melayu, persoalan ini perlu berdepan dengan tiga unsur penting
iaitu perspektif Islam, budaya Melayu dan teori Barat khususnya feminisme, yang
terakhir selaku kerangka analisis yang kerap menjadi pilihan penulis kreatif dan juga
pengkritik. Sejauh manakah persoalan tersebut telah ditangani secara adil dan saksama,
sesuai dengan pengungkapannya dalam karya kreatif dan kritikan yang berlatarkan
budaya dan akal budi Melayu-Islam? Atau, adalah persoalan tersebut dikesampingkan
sebagai tidak relevan kerana budaya Melayu dan agama Islam dianggap sedia tertanam
secara tersirat dalam tulisan yang terhasil? Buku ini mengetengahkan perbincangan
mendalam daripada perspektif Islam dan juga feminisme Barat agar keduanya dapat
dihayati serentak untuk membolehkan kita menjawab dengan objektif dan tepat satu
soalan penting, relevan dan serius, yang memang wajar diajukan: benarkah sastera dan
kritikan kita telah diperkayakan secara berhikmah dan bijaksana dengan penerapan ideaidea
feminisme Barat?

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: