Biografi Aminuddin Baki: Arkitek Pendidikan Negara (cet.2)

Product Code: 9789679428490
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2010. ISBN 9789679428490
  • (kulit lembut). 246 halaman
  • Rozeman Abu Hassan

Aminuddin bin Baki adalah seorang insan yang cukup istimewa dalam kalangan warga pendidik di Malaysia. Beliau meninggal dunia lebih 40 tahun lamanya tetapi jiwa pendidik yang dimiliki oleh Aminuddin Baki dikatakan telah mengalir secara berterusan kepada guru-guru di negara ini. Ketokohan dan kegigihan Aminuddin Baki dalam memperjuangkan nasib pelajar-pelajar Melayu dari segi pelajaran dan meningkatkan martabat bangsa Melayu sendiri amat dikagumi. Aminuddin adalah tokoh yang terkenal dengan perjuangannya dalam pertubuhan GPMS malah nama beliau tidak boleh dipisahkan dengan GPMS. Perjuangan beliau dianggap sebagai ‘vanguard’ iaitu pelopor dalam membangkitkan semangat perjuangan anak-anak Melayu dalam bidang pelajaran. Niat murni Aminuddin Baki telah melahirkan satu semangat yang tinggi kepada pelajar-pelajar Melayu untuk berjaya dan meningkatkan status bangsa Melayu. Bagi golongan pendidik, Aminuddin Baki dianggap sebagai Bapa Pemodenan Pelajaran kerana  cetusan idea beliau yang telah menyumbang  kepada  lahirnya ‘Dasar Pelajaran Kebangsaan’ di Malaysia. Sebagai seorang pendidik dan pentadbir, Aminuddin telah banyak berjasa kepada bangsa dan Negara terutamanya bangsa Melayu. Tidak salah jikalau beliau diiktiraf sebagai ‘Arkitek Pendidikan Negara’ bagi mengenang segala sumbangan yang pernah dilakukan.

ROZEMAN ABU HASSAN, Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sosial Gunaan, Open University Malaysia. Beliau berpengalaman berkhidmat sebagai seorang Guru Siswazah di Negeri Sembilan, Pegawai Peperiksaan di Majlis Peperiksaan Malaysia, Pensyarah Sejarah dan Felo Penyelidikan di Universiti Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: