Isu Pendidikan dan Pembangunan Insan Menerusi Novel

Product Code: 9679427781
Availability: In Stock
Price:
RM25.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2006. ISBN 9679427781
  • (kulit lembut). 140 halaman
  • Misran Rokimin

Buku ini dengan jelas membicarakan isu pendidikan dan pembangunan melalui karya sastera. Karya sastera sama ada untuk kanak-kanak, remaja atau dewasa mempunyai matlamat untuk mendidik dan membangunkan diri manusia sama ada personalitinya, pemikirannya dan kebahasaannya. Walaupun kita hidup dalam dunia yang lebih menekankan budaya sains dan teknologi, ekonomi dan komputer namun masih ada di kalangan golongan moralis, pendidik dan penulis terus mempertahankan bahawa nilai berbudi bahasa masih diperlukan, kerana pembangunan dan pemodenan yang hendak dicapai seharusnya tidak meminggirkan kepentingan nilai moral ke atas manusia penghuni dunia ini. Salah satu alat yang boleh menanam nilai moral yang baik: selain agama yang dianuti, ilmu kemanusiaan seperti sastera dapat membantu ke arah pembentukan jiwa murni itu, terutama kepada generasi muda yang masih berada di sekolah dan di universiti “mengingatkan karya sastera yang selain dapat memperhalus budi dan mendewasakan manusia, juga mampu menggugah rasa dan pemikiran. Pengalaman berfikir inilah yang sangat diperlukan semua siswa dalam pertumbuhannya menjadi manusia yang utuh.” Semoga buku kecil ini dapat memperlihatkan satu wacana betapa pentingnya kesusasteraan itu kepada pendidikan dan proses pembangunan manusia.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: