Islam dan Melayu dalam Perlembagaan: Tiang Seri Hubungan Etnik di Malaysia (cet.3)

Product Code: 9789674121853
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2017. ISBN 9789674121853
  • 286 halaman (kulit lembut)
  • Nazri Muslim

 

Buku ini diterbitkan atas kesedaran untuk menyemarakkan lagi diskusi ilmiah mengenai perlembagaan dalam bahasa Melayu. Kebanyakan perbahasan ilmiah mengenai perlembagaan adalah dalam bahasa Inggeris, bersifat teknikal undang-undang dan istilah jargon yang hanya di fahami oleh mereka yang berkecimpung dalam bidang perundangan. Jestru, buku ini cuba mengisi kelompangan perbahasan dalam Bahasa Melayu, penggunaan bahasa yang tidak bersifat teknikal undang-undang dan bebas dari istilah jargon undang-undang. Di samping itu, buku ini dibahaskan dari perspektif hubungan etnik di Malaysia dan dibekalkan dengan data yang bentuk empirikal. Kedalaman perbincangan buku ini mengkhusus kepada dua tiang seri dalam perlembagaan iaitu Islam dan orang Melayu yang sering kali menjadi konflik dalam masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai etnik. Berasaskan kajian ilmiah yang menyentuh isu-isu Islam dan orang Melayu dalam perlembagaan dari perspektif hubungan etnik, telah mencetuskan idea untuk menghasilkan buku ini untuk tatapan umum. Antara kandungan penting dalam buku ini ialah Islam dan Melayu dalam perlembagaan, isu-isu yang berkaitan seperti diskriminasi perlindungan, perbahasan peruntukan Perkara 153, kesamarataan dari pandangan Islam dan cuba membawa misi ke arah memasyarakatkan perlembagaan. Diharap buku ini mampu memperkembangkan satu lagi korpus ilmu mengenai Islam dan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari perspektif hubungan etnik di Malaysia.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: