Aksen Bahasa Kebangsaan: Realiti Identiti Integrasi

Product Code: 978-967-942-945-9
Availability: Out Of Stock
Price:
RM25.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 978-967-942-945-9
  • 92 halaman (kulit lembut)
  • Idris Aman

 

Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa identiti dan integrasi rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat tidak boleh dinafikan lagi. Sejak diangkat sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan negara pada 1967, bahasa Melayu terus dimartabatkan sebagai bahasa utama dalam proses pendidikan generasi muda negara. Sejak itu, bahasa ini semakin intim dan digunakan oleh rakyat Malaysia dalam pelbagai kehidupan sosial, sama ada rasmi atau tidak rasmi. Sungguhpun demikian, penelitian penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan rakyat kerap menumpu kepada penerimaan umumnya dalam sektor tertentu, seperti di pejabat kerajaan, pihak berkuasa tempatan, di sektor swasta, dan di media massa. Penelitian sedemikian juga lebih dilakukan dari perspektif sikap dan persepsi terhadapnya. Berbeza dari perspektif sikap, persepsi serta pemerhatian umum dalam masyarakat, buku ini menawarkan hasil kajian saintifik tentang realiti aspek penggunaan sebenar bahasa Melayu, iaitu penyebutan atau aksen standard kebangsaannya dalam kalangan pelbagai lapisan rakyat negara ini dalam konteks berbahasa formal berasaskan perspektif sosiofonologi. Buku ini juga menekankan aspek sebutan atau aksen informan. Sebutan atau aksen adalah salah satu elemen linguistik yang penting dalam manifestasi identiti dan integrasi sesuatu masyarakat bahasa. Misalnya, dengan satu fonem aksen unik, seseorang itu boleh dikenali identiti sosialnya. Selain itu, Aksen Bahasa Kebangsaan turut membincangkan pertalian aksen dengan soal pengidentitian dan pengintegrasiah sosial dalam konteks bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: