Kesinambungan Linguistik Melayu

Product Code: 978674124663
Availability: In Stock
Price:
RM40.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2017. ISBN 978674124663
  • (kulit lembut). 265 halaman
  • Shahidi A. Hamid, Kartini Abd. Wahab & Sa'adiah Ma'alip (sunt.)

‚Äč

Buku bertajuk Kesinambungan Linguistik Melayu ini merupakan gabungan empat belas bab yang merupakan hasil pemikiran, penyelidikan dan penelitian para pengamal, penyelidik, pendidik serta pengkaji linguistik Melayu di Program Bahasa Melayu, Pusat penyelidikan Bitara Melayu (BAYU), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Topik yang diutarakan dalam buku ini serat dengan pelbagai isu Bahasa Melayu yang diserlahkan secara khusus menerusi aspek-aspek kajian yang terangkum dalam linguistik teoritis mahupun linguistik terapan. Antara lainnya, ia merangkumi penelitian aspek fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, pragmatik, psikolinguistik, linguistik sejarah dan perancangan bahasa. Isu-isu yang diserlahkan dalam buku ini adalah antara isu-isu yang sentiasa releven dan signifikan dengan proses pemantapan pemahaman ke atas dunia linguistik Melayu. Kesemua isu ini telah diolah dah dititipkan secara rapi, kreatif, dan kritis berasaskan hasil penelitian dan penyelidikan penulis-penulisnya. Jesteru, setiap bab dalam buku ini menjanjikan suatu penulisan yang tuntas dan hebat. Himpunan bab-bab ini diharapkan mampu menyumbangkan ilmu pengetahuan dan kefahaman yang terbaik kepada masyarakat pembaca, khususnya para pembaca yang mahu mempertajam lagi pengetahuan dan pemahaman mereka tentang ilmu linguistik Melayu. 

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: