Daya Saing Bandar Pertengahan

Product Code: 9789674122171
Availability: In Stock
Price:
RM45.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 9789674122171
  •  360 halaman (kulit lembut)
  • Fatimah Hj. Yusof & Katiman Rostam

‚Äč

Perkembangan ekonomi bandar masa kini, termasuk bandar pertengahan, sangat dipengaruhi oleh keupayaan bandar berkenaan untuk bersaing pada peringkat nasional dan global.   Ekonomi bandar pertengahan khususnya di Malaysia masih banyak bergantung kepada sektor pembuatan.   Oleh yang demikian bandar perlu membina daya saingnya sendiri untuk menarik pelaburan domestik dan asing.   Persaingan tidak lagi bergantung kepada kelebihan bandingan seperti kuantiti tenaga buruh murah, bahan mentah dan tapak perindustrian yang murah, tetapi kelebihan faktor lokasi yang dikaitkan dengan ekonomi luaran dan persetempatan selain sumber manusia berkemahiran tinggi.   Penerapan strategi kluster dan pengelompokan pelbagai aktiviti ekonomi merupakan pendekatan yang paling praktikal pada masa kini bagi tujuan meningkatkan daya saing lokasi.   Strategi ini sangat relevan bukan sahaja bagi pembangunan sektor pembuatan tetapi juga dalam membantu bandar meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), seterusnya pendapatan dan taraf hidup penduduknya.   Buku ini mengungkap tahap daya saing bandar pertengahan di Malaysia dengan rujukan khas kepada Kuantan.  Teori kelebihan daya saing dan kluster ruang dijadikan panduan untuk mengenal pasti entiti yang mempunyai nilai yang boleh membentuk faktor kelebihan daya saing bandar seterusnya mengekalkan kemapanan ekonomi pada skala tempatan.   Pemboleh ubah ekonomi, sumber manusia, endowmen wilayah dan tadbir urus bandar digunakan untuk menilai daya saing Kuantan.    Elemen seperti sumber manusia kemahiran tinggi, inovasi, kecekapan teknologi telekomunikasi, kualiti infrastruktur perlu dimajukan di bandar pertengahan kerana keupayaannya menarik industri untuk ditempatkan di bandar berkenaan.   Juga elemen seperti milieu institusi awam dan swasta selain persekitaran berkualiti adalah input penting kepada daya saing bandar pertengahan. Buku ini turut mengaplikasi pelbagai teknik analisis seperti Indeks Daya Saing quote lokasi, shif share analisis jurang dan model belian dalam menilai tahap daya saing bandar dengan disertakan contoh yang lengkap.   Teknik analisis ini boleh digunakan dalam kajian yang lain atau diaplikasikan bagi tujuan perancangan bandar.   Oleh itu pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ahli akademik dan perancang bandar selain para penganalisis ekonomi bandar wajar memiliki buku ini.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: