Benang Sari Melayu-Jawa

Product Code: 9789674120658
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2014. ISBN 9789674120658
  • 230 halaman
  • Noriah Mohamed

‚Äč

Ungkapan Benang Sari Melayu-Jawa yang dijadikan judul buku melambangkan pertautan erat dua etnik, iaitu Melayu dan Jawa dalam kehidupan berbudaya, berbahasa, dan dalam pembinaan pandangan hidup serta pembentukan jati diri. Beberapa makalah yang terhimpun dalam buku ini memperlihatkan nilai budaya dan ciri-ciri khusus yang menjadi warisan kebanggaan etnik tersebut selain bahasa yang dikongsi bagi tujuan mempercepatkan lagi hubungan mesra yang sedia terjalin selama ini. Senario ini bukanlah sesuatu yang asing dalam konteks pembinaan bangsa Malaysia. Beberapa elemen budaya daripada Melayu-Jawa seperti dalam Sirih Pinang dalam Kehidupan Melayu: Benang Halus yang Merungkai, sirih membawa lambang penyatuan budaya bahawa yang berbeza akan menwujudkan suatu keindahan seperti adanya gabungan elemen warna dan bahan yang ada dalam penyediaan memakan sirih. Budaya Jawa pula disorot melalui tiga penulisan, iaitu Perubahan Budaya: Lunturnya Elemen Guyub dalam Kalangan Masyarakat Jawa Kuala Selangor, Kuda Kepang dan Emban Rasa. Nilai warisan Jawa warisan mulai terhakis disebabkan perubahan nilai kini yang mementingkan kebendaan. Namun, di sasar kehidupan masyarakat Jawa masih mengamalkan emban rasa semasa berbicara dan berhubungan antara satu dengan lain.   Beberapa penulisan yang terjalin daripada rasa Melayu-Jawa sama ada dari perspektif bahasa, sastera dan budaya diharap dapat menerangi ruang kabur yang selama ini  dilihat dari sorotan kilau yang tidak menyenangkan terutama hubungan Melayu-Jawa.   Penerbitan buku ini juga diharap akan mempergiat para penyelidik dalam kajian etnik bagi menambahkan lagi khazanah ilmu sosiologi dan antropologi.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: