Al-Simt al-Majid dalam Masyarakat Melayu

Product Code: 9789674121778
Availability: In Stock
Price:
RM30.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 9789674121778
  • 140 halaman (kulit lembut)
  • Salmah Ahmad & Mohd Syukri Yeoh Abdullah (sunt.)

 

al-Simt al-Majid adalah kitab yang masih berbentuk asal, belum dicetak, karya Shaykh Ahmad al-Qushashi, salah seorang ulama Haramayn dari abad ke-17 Masihi. Manuskrip ini adalah kitab yang menyentuh disiplin ilmu tarekat rohani yang meliputi pelbagai bidang, seperti tafsir, hadith, akidah, syariat, akhlak, tasawuf dan lain-lain. Sungguhpun Shaykh Ahmad Qushashi belum pernah ke Alam Melayu, namun pemikiran karyanya mewarnai masyarakat Alam Melayu melalui murid-muridnya, Shaykh Abdul Rauf Singkel dan Shaykh Yusuf al-Makasari. Pengarah ini juga tersebar melalui tautan sanadnya dnegan para ulama Melayu lain, seperti Shaykh Daud al-Fatani, Shaykh Ahmad al-Fatani dan Tok Pulau Manis. Dari sini, Shaykh Ahmad al-Qushashi berjaya mewarnai alam fikiran dam membentuk jati diri masyarakat Alam Melayu semenjak itu sampai ke dewasa ini.   Buku ini terdiri sejumlah makalah, dari kumpulan penyelidikan GUP-TKS-09-07-293 dan COE ATMA 10-42-01-005- UKM yang berusaha  memperlihat pengaruh al-Simt al-Majid dalam masyarakat Alam Melayu dari pelbagai pendekatan ilmu, seperti sejarah, bahasa, pemikiran, budaya dan ilmu hadith Rasulullah SAW dan lain-lain.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: