Falsafah Akhlak (Edisi Kedua)

Product Code: 9789679429220
Availability: In Stock
Price:
RM30.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 9789679429220
  • (kulit lembut). 214 halaman
  • Mohd. Nasir Omar

Tokoh ulama dan falsafah sains Islam tersohor seperti al-Farabi, Al-‘Amiri dan al-Khawarazmi bersetuju pada dasarnya bahawa ilmu boleh dikategorikan kepada dua bahagian penting iaitu ilmu agama dan ilmu falsafah ataupun ilmu rasional.ilmu jenis pertama, ilmu agama, diwahyukan kepada para nabi dan rasul Allah., manakala ilmu jenis kedua pula dikembangkan oleh para failasuf, hukama’ dan saintis Islam. Buku ini meneliti ilmu jenis yang kedua, iaitu ilmu falsafah, dengan member penekanan kepada bidang falsafah akhlak. Dari sudut etimologi, etika, moral ataupun akhlak antara lain membawa konotasi sebagai adat kebiasaan, tabiat, marwah, susila, agama ataupun gaya hidup seseorang individu ataupun sekumpulan individu. Manakala falsafah akhlak pula merujuk kepada suatu disiplin ilmu yang mengkaji pelbagai isu tentang tingkah laku manusia termasuk tentang adat, marwah, susila, kondisi batiniah manusia ketika melakukan sesuatu perbuatan seperti motif, niat, ilmu, nafsu, kebebasan, tanggungjawab dan lain-lain. Manakala topic kajian seperti jiwa, kebahagian, keadilan, kebaikan, keburukan, persahabatan, kesihatan mental, teknik dan proses pendidikan akhlak dan sebagainya pula merupakan bidang utama yang menjadi focus kajian akhlak. Buku ini menganalisis secara tematik beberapa dimensi penting disiplin falsafah akhlak termasuk takrif, skop dan kepentingan akhlak, tinjauan perbandingan tentang kronologi pertumbuhan etika Barat dan Islam serta perkembangan pemikiran etika dalam tamadun Greek, Hellennistik, Kritian dan Islam. Isu relevansi ilmu akhlak dengan beberapa domain penting kehidupan manusia seperti isu kebaikan dan keburukan, isu pembangunan, perkaitan antara etika dengan ilmu kaunseling dan metodologi pendidikan akhlak menurut perspektif beberapa orang tokoh moralis Islam tersohor seperti Miskawayh dan al-Ghazali juga dibincangkan.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: