Analisis Ekonomi Islam

Product Code: 9789674123017
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 9789674123017
  • (kulit lembut). 300 halaman
  • Sanep Ahmad

‚Äč

Kaedah menganalisis ilmu Ekonomi Islam adalah satu bidang yang sentiasa berkembang selaras dengan perkembangan kaedah dan analisis ilmu ekonomi semasa.   Bermula dengan pendekatan falsafah, analisis ilmu Ekonomi Islam kini bergerak ke arah analisis teoretikal dan empirikal. Pelbagai bidang kajian seperti kewangan Islam, perbankan Islam, pengurusan Islam dan analisis kajian gelagat agen ekonomi mengikut perspektif Islam kini telah menggunakan pendekatan teoritikal dan empirikal.  Sehubungan dengan itu, buku ini menganalisis kajian gelagat agen ekonomi mengikut perspektif Islam menggunakan pendekatan teoritikal dan empirikal. Pendekatan analisis teoritikal dan empirikal digunakan bertujuan untuk memahami gelagat agen ekonomi secara lebih mendalam di samping untuk memudahkan membuat perbandingan dengan gelagat agen ekonomi mengikut perspektif konvensional. Pendekatan yang digunakan akan menggunakan teori asas dalam ilmu Mikroekonomi dan Makroekonomi sebagaimana lazimnya digunakan dalam menganalisis gelagat agen ekonomi. Di samping itu, pendekatan sedemikian juga mudah diikuti oleh golongan yang berlatar belakang ilmu ekonomi konvensional. Buku ini mempunyai empat bahagian yang mana perbincangan difokuskan kepada beberapa tajuk tertentu meliputi metodologi kajian ilmu ekonomi Islam, pemodelan kajian ekonomi Islam, gelagat pengguna, gelagat firma, analisis harga pasaran, analisis faktor, analisis keseimbangan pasaran, dan model agregat Makroekonomi. Analisis bagi setiap tajuk dilakukan dengan menggunakan analisis perbandingan pendekatan ekonomi konvensional dan ekonomi Islam berdasarkan pemodelan matematik dan gambar rajah. Walau pun pendekatan yang digunakan dalam buku ini agak teknikal, namun buku ini amat wajar dijadikan bahan rujukan oleh pelajar dan pengkaji ilmu ekonomi Islam yang ingin mendalami lagi kaedah analisis ilmu ekonomi Islam.

 

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: