Dakwah dan Perubahan Sosiobudaya

Product Code: 9789674124021
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2016. ISBN 9789674124021
  • (kulit lembut). 212 halaman
  • Salasiah Hanin Hamjah

‚Äč

Banyak perubahan berlaku dan terus berlaku dalam kehidupan ini kerana perubahan adalah lumrah kehidupan.  Keadaan dan cerita pada masa lalu tidak mungkin sama dengan keadaan dan cerita pada masa kini. Sering kali juga perubahan dikaitkan dengan pembangunan meskipun tidak semua perubahan itu menggambarkan pembangunan.   Perubahan sosiobudaya juga merupakan salah satu bentuk perubahan yang perlu dihadapi oleh masyarakat Islam pada hari ini. Perubahan sosiobudaya ini ada yang selari dengan prinsip Islam dan ada juga yang kurang menepati ajaran Islam. Antara aspek perubahan sosiobudaya yang dibincangkan dalam buku ini seperti hubungan perubahan  sosiobudaya dengan pembangunan, faktor pendorong dan penghalang perubahan sosiobudaya, tata kawal arus perubahan sosiobudaya, keadilan sosial dalam masyarakat Islam, wanita  dan perubahan sosiobudaya serta peranan pendakwah dalam mendepani perubahan sosiobudaya yang berlaku pada masa kini. Buku ini boleh dimanfaatkan oleh masyarakat umum, para pendakwah, mahasiswa Institut Pengajian Tinggi khususnya dalam bidang dakwah, media, kaunseling, budaya dan sosiologi sebagai menambah khazanah ilmu pengetahuan dan sumber rujukan dalam bidang berkenaan. Buku ini diharapkan berupaya menjadi panduan dalam menangani isu perubahan yang kadang-kadang menimbulkan keraguan sama ada selari atau bertentangan dengan ajaran Islam. Buku ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam dalam mendepani arus perubahan sosiobudaya yang begitu pantas dalam era globalisasi dan cabaran dunia tanpa sempadan.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: