Aplikasi Sadd Al-Dhara'i' dalam Pengawalan Akidah di Malaysia

Product Code: 978-967-412-219-5
Availability: In Stock
Price:
RM25.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 978-967-412-219-5
  • 104 halaman (kulit lembut)
  • Wan Zulkifli Wan Hassan

 

Sebahagian masyarakat Islam di Malaysia pada hari ini sering terdedah kepada ancaman
dan gejala pencemaran akidah dan ajaran-ajaran yang bertentangan dengan nas al-Qur’an
dan al-Sunnah. Sedangkan kekuatan akidah menjadi teras utama kepada kehidupan
mereka dan menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Krisis akidah seumpama ini tidak
boleh dibiarkan berleluasa dalam kalangan masyarakat Islam sehingga mengamalkan
elemen-elemen yang boleh menyesatkan dan melanggar batas-batas akidah. Syarak telah
mengetengahkan suatu pendekatan yang baik dalam membendung krisis ini. Doktrin
Sadd al-Dhara’i’ merupakan salah satu pendekatan dalam menyelesaikan pelbagai
permasalahan manusia termasuk yang melibatkan kesucian akidah. Buku ini telah
membuktikan bahawa doktrin Sadd al-Dhara’i’ sesuai diaplikasikan dalam usaha
membendung gejala-gejala yang boleh menyesatkan dengan merujuk kepada beberapa
bentuk pemakaian Sadd al-Dhara’i’ di dalam al-Qur’an, hadis Rasulullah, athar alsahabah
dan tabi’in. Pada masa kini, pengaplikasiannya diperluaskan terutama oleh
pihak yang bertanggungjawab dalam urusan agama Islam seperti Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM) di Malaysia dalam usaha pengawalan akidah.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: