Kampus Sisa Sifar: Transformasi Pengurusan Sisa Pepejal

Product Code: 9789674122720
Availability: In Stock
Price:
RM45.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 9789674122720
  • (kulit lembut). 162 halaman
  • Shahrom Md Zain, Noor Ezlin Ahmad Basri & Hassan Basri (sunt.)

‚Äč

Kampus Sisa Sifar: Transformasi Pengurusan Sisa Pepejal merupakan himpunan penulisan penyelidikan berkaitan pengurusan sisa pepejal di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ianya merangkumi keseluruhan konsep kampus sisa sifar dengan pendekatan kelestarian kampus bagi meminimakan penghasilan sisa. Pelan Jangka Panjang konsep kampus sisa sifar dirangka bagi mengenalpasti setiap komponen sisa yang dijana dapat diuruskan dengan lebih berkesan. Oleh yang demikian, data penjanaan dan pencirian sisa pepejal kampus penting untuk membantu membuat perancangan pengurusan dan menentukan kesesuaian teknologi. Kejayaan dan hasrat untuk merealisasikan kampus sisa sifar tidak akan tercapai tanpa keprihatinan dan kerjasama warga kampus. Maka aktiviti-aktiviti telah diatur dan dilaksanakan secara berterusan bagi meningkatkan modal insan minda lestari. Kitar semula merupakan tindakan yang perlu dilakukan setelah peringkat meminima dan guna semula telah diambil. Tindakan untuk tidak menghasilkan sisa boleh dicapai melalui usaha pengasingan sisa pepejal dan aktiviti pengkomposan sisa makanan yang mampu meningkatkan kadar kitar semula sisa pepejal kampus. Isu penggunaan polistirena dikafeteria UKM dilihat menyumbang kepada penghasilan dan amalan yang tidak lestari.   Maka kajian berkaitan turut dijalankan untuk mengambil langkah pengharaman penggunaan polisterina di dalam kampus UKM. Walaupun pelbagai usaha dan tindakan telah diambil, keberkesanan perlu diukur dengan melakukan kaji selidik terhadap kesedaran warga kampus yang memberi penunjuk keperluan untuk memperluaskan lagi aktiviti berkaitan pendidikan dan kesedaran dalam kalangan komuniti kampus.   Perwujudan sistem governans kampus sisa sifar UKM telah dirangka supaya dapat dijadikan garis panduan untuk digunakan di dalam kampus UKM bagi menyokong usaha yang dijalankan. Falsafah alam sekitar Islam tentang amalan sisa sifar merumuskan keseluruhan transformasi pengurusan sisa pepejal yang perlu dilaksanakan dan semestinya sangat dituntut dalam Islam.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: