Hidrogen: Kesan Prestasi Enjin Pencemaran dan Kos Kitaran Hayat

Product Code: 9789674122973
Availability: In Stock
Price:
RM30.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 9789674122973
  • (kulit lembut). 222 halaman
  • Halim Razali, Kamaruzzaman Sopian & Sohif Mat

‚Äč

Hidrogen merupakan sebahagian daripada sumber bahan api alternatif yang diadaptasikan penggunaanya dalam sektor pengangkutan, industri mahupun persendirian.   Aktiviti ini dapat memberi kesan positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara dalam mempelbagaikan keperluan sumber tenaga baharu berasaskan teknologi hijau.  Keperluan hidrogen dalam Enjin Pembakaran Dalam mampu memberi manafaat kepada pertumbuhan sektor automotif neara dan perkembangan intelektual masyarakat terhadap teknologi keterbaharuan dapat ditingkatkan.   Manakala kepelbagaian keperluan hidrogen dalam sektor pengangkutan dan industri dapat mengimbangi keperluan sumber tenaga negara secara berperingkat-peringkat. Keperluan hidrogen sebagai bahan api melalui keaktifan kimia merupakan sebahagian daripada kaedah yang relevan dengan mempraktikkan aluminium dan asid sebagai bahan asas janaan hidrogen.  Keistimewaan sifat-sifat hidrogen sebagai bahan bakar mampu mengimbangi kecacatan nisbah stoikiometrik bagi sumber bahan api berasaskan fosil dengan menghasilkan peningkatan kualiti pembakaran yang lebih sempurna dalam meningkatkan prestasi enjin dan pengawalan pencemaran. Lanjutan daripada itu, buku ini membincangkan secara terperinci berkaitan ekperimen yang mempraktikkan keperluan hidrogen sebagai membantu pembakaran EPD melalui kaedah campuran petrol dengan hidrogen (P+H2) yang dijana secara onboard.   Penilaian perbezaan di antara dapatan sumber bahan api jenis petrol (RON 97) dengan penggunaan campuran bahan api (RON 97+H2) turut diterjemah dengan terperinci secara teknikal agar mudah difahami.   Dapatan akhir memperoleh 20 g Al bertindak balas dengan 250 ml.   HCI menghasilkan 0.7412 mol H2 atau 1 kg Al+2.5 L HCI menghasilkan 37.6 mol H2, bersamaan 108 g H2. Penjimatan SFC secara keseluruhan mencapai 20.3% berbanding penggunaan petrol.   Selain itu peningkatan purata 3% kuasa brek bagi ketiga-tiga ujian l0, l1 dan l2 dengan perubahan prestasi pembakaran dalam silinder meningkat secara purata dengan peningkatan nbt 23%.   Peningkatan kecekapan mekanikal (nm) 14.6% semasa kelajuan linear (l0), manakal 10% semasa kelajuan bersudut atau bebanan (l1, l2) dan secara keseluruhan pencapaian purata peningkatan nm adalah 11%.  Manakala penurunan purata keseluruhan pencemaran gas CO adalah 33% dan gas HC adalah 34.1% dan keputusan membuktikan penggunaan janaan hidrogen (Al+HCl) secara onboard  melalui campuran Petrol dengan Hidrogen (P+H2) untuk EPD, boleh menjadi sebahagian daripada sumber bahan api alternatif dalam sektor pengangkutan di Malaysia menjelang tahun 2020.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: