Buku Aktiviti Kepelbagaian Biologi Ekosistem Sawit

Product Code: 9789670829180
Availability: In Stock
Price:
RM10.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2016. ISBN 9789670829180
  • (kulit lembut). 51 halaman
  • Faszly Rahim, Izfa Riza Hazmi, Salmah Yaakop & Maimon Abdullah

Buku Aktiviti ini merupakan gandingan kepada Buku Kepelbagaian Biologi Ekosistem Sawit (Buku Asas). Objektif utama Buku Aktivti ini adalah supaya hasilk pembacaan dan kefahaman Buku Asas dapat difahami dan dinilai sebagai hasil pembelajaran mengenai pelbagai aspek biologi dan sosioekonomi pokok sawit dan produk-produk hasilannya, serta kepelbagaian flora dan fauna tropika di dalam ekosistem sawit.  Maka Buku Aktiviti ini tidak boleh digunakan secara kendiri. Buku ini telah disusun dengan pelbagai bentuk aktiviti yang kreatif dalam proses pembelajaran pelajar dengan aktiviti mengisi tempat kosong, meletakkan kata kunci bagi gambar atau ilustrasi, memadankan istilah, dan menyelesaikan teka silang kata dengan iringan empat maskot sebagai rakan belajar kanak-kanak. Selain itu aktiviti kreatif melukis dan mewarna, olahan seni, ujikaji mudah dan simulasi yang menjelaskan konsep tertentu juga dimuatkan dalam Buku Aktiviti ini. Sebahagian aktiviti memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi yang dapat mencabar naluri ingin tahu dan minda pembaca bagi membantu penghayatan terhadap Buku Asas. Uniknya buku ini ialah ia memuatkan juga ciptaan asli ikrar “Palma Emas Harapan Malaysia”. Lagu Palmas Lasales oleh Dr. Fuzz, dan Papan Anugerah SKUAD PALMA EMAS. Diharapkan Buku Aktiviti bersama-sama Buku Asas dapat menjadi suatu prototip dan kit pencetus bagi penghasilan produk pendidikan lain yang lebih kreatif, menarik dan bernilai bagi generasi masa kini dan akan datang bagi mempertingkatkan lagi kefahaman mengenai tanaman emas negara kita yang tercinta.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: