Pembelajaran Biologi Berasaskan Projek

Product Code: 9789674123338
Availability: In Stock
Price:
RM30.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2016. ISBN 9789674123338
  • (kulit lembut). 191 halaman
  • Mispuah Hassan & Kamisah Osman

‚Äč

Buku ini membincangkan isu yang berkaitan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dan kepentingannya dalam pembelajaran dan pengajaran Biologi. Kupasan idea bermula dengan pengenalan kepada PBP dan kesannya kepada aspek pencapaian dan kemahiran abad ke-21 pelajar. Teori dan model berkaitan PBP turut diulas bagi menyediakan asas teoritikal berhubung PBP dan menyerlahkan kepentingannya dalam pembelajaran pelajar dan pengajaran guru. Buku ini merupakan sebuah karya yang memerihalkan tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang releven dilaksanakan oleh guru masa kini.   Pembelajaran berasaskan projek merupakan kaedah pengajaran pembelajaran yang masih baru tetapi sedang berkembang di Malaysia.  Walau Bagaimanapun, penggunaan kaedah Pembelajaran berasaskan projek di sekolah rendah dan menengah dilihat masih rendah kerana kebanyakan guru beranggapan bahawa ia hanya sesuai dilaksanakan di peringkat pengajian tinggi. Namun banyak kajian telah menunjukkan ia sesuai dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah serta memberi kesan positif kepada pelajar. Terkini, PBP telah mendapat tempat  sebagai salah satu alternatif kaedah pengajaran dan pembelajaran lantaran pihak Kementerian Pendidikan Malaysia menggalakkan guru mengaplikasikan pendekatan ini dalam usaha meningkatkan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar kerana modal insan yang dilengkapi dengan kemahiran abad ke-21 didapati lebih bersedia untuk menghadapi kehidupan masa hadapan yang semakin mencabar. Isi kandungan buku ini juga memperihalkan kajian lepas yang telah dilakukan ke atas kaedah PBP di sekolah menengah dan kesannya ke atas pencapaian dan kemahiran abad ke-21 pelajar.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: