Makanan Ubah Suai Genetik (GMF) Menurut Perspektif Islam

Product Code: 9789674124458
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2017. ISBN 9789674124458
  • (kulit lembut). 334 halaman 
  • Mohd Izhar Ariff Mohd. Kashim

‚Äč

Peredaran zaman begitu drastik sekali apabila pelbagai jenis produk makanan semasa. Rentetan itu, terdapat sebahagian produk yang jelas-jelas halal dimakan dan tidak dinafikan juga terdapat produk yang sebaliknya. Ini kerana kearusan pengusaha mengejar keuntungan sehingga lupa terhadap kesan hukum dan kemanusiaan. Oleh yang demikian, buku ini telah menfokuskan perbincangan terhadap salah satu isu baharu dalam produk makanan, iaitu, Makanan Ubah Suai Genetik (GMF). Perbincangan lebih kepada konsep makanan dalam Islam Khususnya yang berasaskan haiwan. Seterusnya perbincangan dikembangkan kepada penentuan hukum makanan berasaskan haiwan yang telah diubah suai genetiknya (GMF). Langkah-langkah penentuan hukum dilakukan secara terperinci menerusi penjelasan terhadap dasar umum halal dan haram makanan yang terdapat dalam al-Quran, al-Sunnah, Ijmak, qiyas dan kaedah feqah. Tidak cukup sekadar itu sahaja, perbincangan yang terdapat dalam buku ini juga turut meliputi perkara penting berhubung penentuan hukum makanan berasaskan haiwan. Antaranya ialah pandangan terpilih daripada ulama empat mazhab berhubung kategori haiwan yang halal dan haram dimakan sama ada ia hidup di daratan ataupun dalam air. Selain itu, penelitian terhadap kaedah untuk mengambil manfaat daripada tubuh haiwan juga diperincikan hukumnya berdasarkan pandangan fuqaha empat mazhab. Hasil daripada penelitian tersebut, prinsip bagi penentuan hukum makanan ubah suai genetic berasaskan haiwan telah bejaya diwujudkan, sekali gus dapat diaplikasikan ke atas produk GMF yang semakin berleluasa di pasaran dunia hari ini. Menerusi prinsip tersebut juga, hukum-hakam berkaitan produk makanan GMF akan menjadi lebih mudah untuk ditentukan oleh pihak berwajib seperti Jabatan Mufti dan Jabatan Kesihatan Malaysia.  

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: