Aktinobakteria Sumber Antiinfeksi Baharu: Satu Penerokaan

Product Code: 9789674125073
Availability: In Stock
Price:
RM20.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2017. ISBN 9789674125073
  • (kulit lembut). 79 halaman
  • Noraziah Mohamad Zin & Nik Marzuki Sidik (sunt.)

‚Äč

Buku Aktinobakteria Sumber Antiinfeksi Baharu: Satu Penerokaa ini adalah himpunan hasil kajian sekumpulan penyelidik Kumpulan Penyelidik Novel Antibiotik UKM berkenaan pencarian sumber antibiotik baharu daripada bakteria endofit yang dipencilkan daripada tumbuhan perubatan tradisional serta tumbuhan semula jadi. Kesedaran terhap keperluan dadah baharu yang spesifik serta lebih selamat memberi satu motivasi yang besar kepada kumpulan penyelidikan ini untuk meneroka dalam pencarian metabolit skunder yang aktif daripada sumber semula jadi. Edofitik Aktinobakteria merupakan bakteria yang kebiasaanya dijumpai daripada tisu-tisu tumbuhan seperti akar, buah, daun dan batang tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan (etnobotanikal). Kebolehan kumpulan penyelidikan ini dalam penerokaan pencarian bakteria endofit yang berupaya menghasilkan sebatian metabolit skunder semula jadi yang berpotensi sebagai agen antiinfeksi merupakan hasil daripada penyelidikan hampir 10 tahun. Kejayaan ini secara lansung dapat mengurangkan kebergantungan manusia terhadap dadah sintetik yang berkemungkinan besar boleh mendatangkan kesan sampingan kepada pengguna. Antara lain, keistimewaan buku ini adalah ia boleh dijadikan rujukan kepada individu yang ingin mendalami dan memahami kebaiakan bakteria endofit ini dalam menghasilkan dadah alternatif baharu yang lebih selamat untuk digunakan.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: