Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan dalam Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina

Product Code: 978-967-412-097-9
Availability: In Stock
Price:
RM50.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 978-967-412-097-9
  • 340 halaman (kulit lembut)
  • Siti Rozaimah Sheikh Abdullah, Ja’afar Sahari, Hafizah Husain

 

Pengajaran dan pembelajaran adalah tonggak aktiviti di sebuah universiti dalam
melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi memenuhi
keperluan dan aspirasi negara. Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM telah
mengamalkan pendekatan pembelajaran berasaskan hasil pengajaran dan pembelajaran
bermula dengan pelajar kemasukan sesi 2005/2006. Melalui pendekatan tersebut,
para akademik di fakulti perlu sentiasa menambah baik kaedah pengajaran dan
pembelajaran melalui teknik-teknik pengajaran yang lebih berinovatif. Penekanan
diberikan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.
Pelajar perlu mempunyai sikap yang proaktif dan melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran tanpa bergantung sepenuhnya kepada maklumat
yang diperoleh dari pensyarah. Buku ini merangkumi beberapa kaedah inovatif yang
telah diperkenalkan oleh para akademik dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di FKAB, UKM termasuk e-pembelajaran, pembelajaran berasaskan
masalah dan pembelajaran koperatif. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berinovatif ini juga diperluaskan kepada pembelajaran dalam makmal dan studio reka
bentuk, serta berasaskan projek seperti projek reka bentuk, projek ilmiah dan projek
bersepadu. Melalui ceramah industri yang disampaikan oleh para penceramah jemputan
dari pelbagai industri dan lawatan ke industri berkaitan pelajar dapat didedahkan kepada
dunia industri yang sebenar secara langsung.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: