Kualiti Hidup dan Pengurusan Pesakit Buah Pinggang Tahap Akhir

Product Code: 9789674122072
Availability: In Stock
Price:
RM30.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2014. ISBN 9789674122072
  • 150 halaman
  • Norhayati Ibrahim

‚Äč

Dalam era globalisasi memperlihatkan berlakunya peningkatan pandemik dalam bilangan pesakit yang mengalami penyakit kronik termasuklah penyakit buah pinggang. Pesakit yang mengalami penyakit buah pingang kronik yang berada pada tahap akhir terpaksa bergantung kepada rawatan dialisis untuk meneruskan kehidupan mereka. Keadaan ini sudah tentu akan mempengaruhi kefungsian mereka dalam menjalani kehidupan.   Perasaan sedih atas kehilangan keupayaan ini, kebergantungan kepada orang lain dan kesulitan rawatan, stigma sosial, perubahan gaya hidup serta kos penyelenggaraan rawatan yang tinggi sudah pasti akan memberi kesan kepada kualiti hidup mereka.   Justeru, buku ini mengupas beberapa aspek psikilogi seperti persepsi terhadap penyakit, tekanan, kemurungan, sokongan sosial, strategi berdaya tindak dan bagaimana ia berhubung dengan memberi pengaruh kepada kualiti hidup pesakit. Melalui pemahaman yang lebih jelas tentang penyakit yang dialami, tekanan yang dialami, sokongan yang diberikan oleh keluarga mahupun orang luar, strategi yang sesuai digunakan untuk berhadapan dengan masalah dan pengurusan pesakit itu sendiri akan dapat membantu pesakit dan penjaga berfikiran positif dan rasional serta dapat menjalani kehidupan yang lebih produktif. Sebahagian daripada penulisan buku ini adalah hasil daripada kajian terhadap pesakit yang menjalani rawatan dialisis di Malaysia.  Sehubungan dengan itu, diharapkan buku ini dijadikan panduan memahami pesakit terutama dari aspek psikologi untuk mengoptimumkan fungsi hidup seharian dan mengurangkan tekanan yang dihadapi mereka.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: