Khasiat dan Potensi Kacangma

Product Code: 978-967-412-127-3
Availability: In Stock
Price:
RM55.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 978-967-412-127-3
  • 228 halaman (kulit lembut)
  • Chua Hun Pin & Aminah Abdullah

 

Kacangma (Leonurus sibiricus) ialah sejenis herba tradisional yang popular dan telah
diiktiraf sebagai herba utama (flgship herb) di negeri Sarawak. Herba ini merupakan
tumbuhan renek dari famili Lamiaceae yang dipercayai mempunyai khasiat dari segi
memperbaiki peredaran darah, merendahkan tekanan darah, menjaga kesihatan wanita
misalnya melancarkan kitaran haid serta mempercepatkan pengecutan uterus selepas
bersalin. Bagi wanita keturunan Cina khususnya, amalan memakan masakan kacangma
telah menjadi tradisi bahkan satu kemestian selepas bersalin. Kacangma banyak
digunakan sebagai herba ubatan tradisional dan makanan kesihatan. Sehubungan itu,
usaha telah diambil untuk mengkaji khasiat kacangma di samping pembangunan produk
bernilai komersial bagi mempertingkatkan penggunaannya. Buku ini memperihalkan
herba kacangma dari segi taksonomi, tatanama, botani, agronomi, kegunaan, komposisi
zat makanan dan fitokimia, aktiviti biologi, kajian ketoksikan, pemprosesan dan
pembangunan produk. Setakat ini, belum ada penerbitan tantang herba kacangma di
pasaran. Buku ini diharapkan boleh dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat
khususnya yang berminat untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang herba
kacangma. Juga sebagai rujukan penting kepada penyelidik dan penuntut pengajian
tinggi, sekaligus menambahkan bahan rujukan dalam bahasa Malaysia.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: