Prestasi & Gelagat Saham: Terbitan Baharu di Malaysia

Product Code: 9789674122041
Availability: In Stock
Price:
RM25.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2014. ISBN 9789674122041
  • 110 halaman (kulit lembut)
  • Othman Yong

 

Di Malaysia, sejak dari dekad 1980-an sehinggalah kini pada awal dekad 2010-an, kejayaan melanggan sesuatu sahan terbitan baharu masih dianggap seumpama memperoleh durian runtuh atau memenangi sesuatu cabutan loteri disebabkan pulangan awal (initial return) yang diterima pelabur yang amat tinggi.   Saham terbitan baharu juga dikenali sebagai Tawaran Awam Awal (TAA) atau Tawaran Awam Permulaan (TAP) atau lebih popular dikenali sebagai IPO (initial public offering).   Buku ini berkenaan Prestasi dan Gelagat Sahan Terbitan Baharu di Malaysia yang memaparkan maklumat latar belakang berkenaan TAA di Malaysia, antaranya tentang maksud TAA itu sendiri, sebab-sebab syarikat melakukan TAA, tatacara permohonan untuk menawarkan TAA di Malaysia, kaedah penentuan harga tawaran bagi TAA, syarat asas penyenaraian syarikat yang menerbitkan TAA di Bursa Malaysia, dan kaedah pelabur boleh memohon untuk melanggan sesuatu TAA. Di samping itu, turut diperincikan kajian tentang TAA Malaysia yang pernah dijalankan oleh pengkaji sejak dekad 1980-an hingga yang terkini pada awal dekat 2010-an.   Buku ini juga mengupas status terkini penyelidikan yang melibatkan TAA secara umum. Kebanyakan kajian lepas tentang TAA tertumpu kepada isu atau fenomena terkurang harga pada TAA di samping melihat kepada prestasi jangka panjang TAA. Bagi manfaat para penyelidik, buku ini turut mencadangkan bentuk penyelidikan berkenaan TAA yang boleh dilakukan di Malaysia. Buku ini juga disertakan dengan beberapa lampiran yang boleh memberikan manfaat kepada para pembaca yang ingin mengetahui tentang lebih lanjut bereknaan dengan maklumat asas tentang proses penyenaraian TAA, cara-cara memohon saham TAA, bilangan saham TAA yang tersenarai di Bursa Malaysia sejak maklumat berkenaan dikumpul sejak 1974, dan maklumat tentang prestasi TAA sejak 1990 hingga Disember 2011.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: