Institusi Baitulmal dalam Pembangunan Negara

Product Code: 9789679428247
Availability: In Stock
Price:
RM30.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2007. ISBN 9789679428247
  • (kulit lembut). 162 halaman
  • Hailani Muji Tahir

Baitulmal merupakan  institusi harta dan kewangan induk dalam negara Islam. Harta yang terkumpul dalam khazanah baitulmal adalah harta negara yang dimiliki oleh semua rakyat yang tinggal dan menetap di bawah naungan kerajaan Islam. Baitulmal menurut pandangan al-Mawardi ialah tempat merekodkan  pembahagian dan pengumpulan harta. Lebih tepat lagi baitulmal dimaksudkan sebagai perbendaharaan negara yang menerima dari pelbagai sumber kewangan dan harta secara terkumpul oleh negara Islam seperti zakat, harta wakaf, cukai dan lain-lain. Baitulmal mengandungi suatu konsep dan pengertian harta yang amat luas yang berdasarkan kepada iman dan takwa dengan penuh yakin bahawa hanya Allah sahajalah Pencipta. Pentadbir dan Penguasa alam ini, manakala khalifah pula sebagai pemegang amanah bagi menguruskan harta yang terkumpul dalam khazanah baitulmal. Pada hakikatnya, skop baitulmal mencakupi peranan yang lebih luas jika dibandingkan dengan kosep perbendaharaan negar hari ini yang bukan sahaja berperanan sebagai institusi perbendaharaan negara melalui dasar dan kepentingannya kepada pemerintah, malah bertindak sebagai bank pusat yang berperanan kepada sistem kewangan negara. Jika dilihat dari koteks baitulmal pada awal Islam, ternyata merupakan perbendaharaan bagi sesebuah negara. Namun bagi Malaysia, pentadbiran dan penyelarasan baitulmal disempitkan skop dan fungsinya dengan mewujudkan dua pecahan dalam pentadbiran, iaitu perbendaharaan negara melalui Kementerian Kewangan Malaysia dan baitulmal melalui kerajaan negeri. Dari segi pentadbiran, baitulmal kini lebih sistematik dengan wujudnya pelbagai peruntukan yang memberi bidang kuasa kepada Majlis Agama Islam untuk menguruskan skop pengurusan dan fungsi baitulmal adalah wajar dibuat mengikut keperluan masa dan kehendak setempat. Pendapatan dan perbelanjaan baitulmal hendaklah mengikut ketentuan hukum Allah dalam al-Quran dan sunah Rasulnya disamping ketentuan istinbat hukum yang digalakkan sepertiijma, ‘qiyas dan sumber lain yang bertepatan dengan roh perundangan Islam seperti maslahah al-mursalah, istislah, istishab dan istihsan.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: