Mencari & Menggilap Bakat dalam Organisasi

Product Code: 9789674124618
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2017. ISBN 9789674124618
  • (kulit lembut). 206 halaman
  • Zafir Mohd Makhbul & Fazilah Mohamad Hasun

‚Äč

Isi kandungan buku ini memberi gambaran yang jelas tentang kepentingan pengambilan dan pemilihan, dan pembangunan sumber manusia dalam pengurusan bakat organisasi. Bakat sumber manusia dalam organisasi seharusnya diberikan perhatian khusus pada masa kini memandangkan persaingan global yang semankin ketara. Individu yang telah dipilih untuk menyertai organisasi perlu digilap secara berterusan melalui pembangunan sumber manusia supaya mereka dapat menggunakan sepenuhnya kompetensi dan potensi diri ke arah mengekalkan kelebihan daya saing organisasi. Kandungan buku ini disusun berdasarkan proses dalam pengambilan, pemilihan dan pembangunan sumber manusia bagi membolehkan pembaca memahami fungsi mencari dan membangun bakat sumber manusia dengan lebih jelas. Keistimewaan buku ini wajar diterokai oleh pengamal pengurusan sumber manusia, kaunselor dan setiap individu yang terlibat dalam pengurusan sesebuah organisasi. Di samping itu, buku ini juga amat sesuai dijadikan bahan rujukan oleh pelajar-pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang mengikuti pengajian dalam bidang pengurusan sumber manusia khususnya yang mengambil kursus latihan dan pembangunan, pengurusan kerjaya dan seumpamanya. Kehadiran buku ini amat bermakna memandangkan kurangnya buku berbahasa Melayu di pasaran yang membincangkan tentang pengambilan dan pembangunan bakat dalam organisasi. Tamabahan pula buku ini turut memuatkan aplikasi tempatan terhadap teori yang dibincangkan. 

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: