Pendidikan Asas Keusahawanan

Product Code: 9789674124700
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2017. ISBN 9789674124700
  • (kulit lembut). 240 halaman
  • Norasmah Hj. Othman, Rosilah Hassan & Wan Mimi Diyana Wan Zaki (sunt.)

‚Äč

Perubahan mendadak dan pantas dalam pasaran, ekonomi, globalisasi, iaitu dunia tanpa sempadan, inovasi, kreativiti, pertumbuhan perniagaan dan industry kecil dan sederhana, anjal dan reponsif kepada sebarang perubahan adalah antara ciri-ciri utama keadaan ekonomi terkini. Perkembangan ekonomi yang dinamik dan ketidaktentuan ini telah mencipta banyak peluang perniagaan kepada bakal usahawan termasuk para graduan. Pembudayaan keusahawanan yang berasaskan pengetahuan, praktikal dan inovasi mampu merintis laluan untuk mengatasi masalah yang berpunca daripada krisis ekonomi global. Inilah masa yang sesuai untuk semua pelajar menceburi bidang keusahawanan. Oleh itu pada peringkat institusi pengajian tinggi, pendidikan asas keusahawanan telah diperkenalkan untuk melengkapkan graduan dengan ilmu, pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan. Graduan yang mempelajari bidang keusahawanan lebih berkeyakianan dan memiliki minat yang tinggi terhadap bidang keusahawanan setelah diberi pendedahan dari aspek pengetahuan dan kemahiran keusahawanan. Kerjaya seseorang menjadi usahawan juga banyak bergantung kepada tahap pengalaman di samping pengetahuan yang mereka miliki. Atas dasar tersebut, Buku Pendidikan Asas Keusahawanan telah dizahirkan bertujuan untuk membantu mengukuhkan pemahaman pelajar berkaitan perkara asas pendidikan keusahawanan. 

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: