Survival Politik Muslim Malaysia

Product Code: 9789674123031
Availability: In Stock
Price:
RM30.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 9789674123031
  • (kulit lembut). 158 halaman
  • Abdul Rahman Mahmood, Jaffaray Awang & Zakaria Stapa (sunt.)

 

Peranan pemimpin parti adalah faktor penggerak kepada kelangsungan parti dalam mendepani arus perubahan masyarakat. Ini kerana pengaruh dan wibawa parti politik khususnya di Malaysia adalah terletak kepada kemahiran pimpinan parti mengolah isu masyarakat dan mengemukakan gagasan yang meyakinkan agar mendapat perhatian dan sokongan masa. Buku ini membincangkan isu politik dari sudut sejarah dan perkembangan terkini dalam kalangan masyarakat Muslim Malaysia. Isu ketuanan Melayu dan perlaksanaan sistem Islam kini menjadi persoalan yang menarik dalam kalangan ahli politik Muslim Malaysia. Parti-parti politik khususnya UMNO dan PAS mengemukakan pelbagai hujah dan pandangan berkaitan dengan persoalan ketuanan Melayu dan Islam di Malaysia. Buku ini turut membincangkan isu Islam dan negara secara teori khususnya pandangan Abu al-‘Ala al-Maududi. Gagasan baru berkaitan kedudukan Melayu dalam konteks Malaysia diolah pula dari perspektif tokoh  seperti  Dr. Burhanuddin al-Helmi, Dato’ Asri Haji Muda dan Dato’ Fadzil Mohd Noor yang dianggap sebagai kalangan elit agama. Pandangan dan pendekatan mereka dicerakinkan dalam konteks pembangunan negara bangsa di Malaysia.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: