UMNO Dalam Politik & Perniagaan Melayu (cet. 5)

Product Code: 9679426434
Availability: In Stock
Price:
RM40.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2018. ISBN 9679426434
  • (kulit lembut). 272 halaman
  • Jamaie Hj. Hamil

‚Äč

Perniagaan adalah suatu bidang yang jarang diceburi oleh orang Melayu kerana dasar diskriminasi kolonial serta ekonomi dualisme yang dibawa oleh penjajah untuk terus meminggirkan orang Melayu dari menguasai bidang ekonomi. Menyedari akan kemunduran kedudukan sosioekonomi berkenaan, UMNO sebagai teras pemerintah yang berkuasa telah mengambil inisiatif untuk mengatasinya. Melalui kepimpinan UMNO bermula era Tun Razak beberapa langkah telah diperkenalkan untuk mengatasi kemunduran berkenaan, Kongres ekonomi Bumiputera I dan II, DEB, MARA, PERNAS dan UDA dilancarkan untuk membantu orang Melayu supaya terlibat dalam sektor perekonomian khususnya bidang perniagaan. Institusi amanah ini dibentuk untuk memastikan kepentingan Bumiputera diperlihara dengan menyediakan pelbagai kemudahan, insentif dan bantuan yang diperlukan. Dalam masa yang sama, UMNO turut bertindak sebagai pemankin dalam mempercepatkan penglibatan organisasi orang Melayu dalam perniagaan bagi membentuk pensyarikatan korporat. Pada era Tun Mahathir, orientasi perekonomian telah bertukar kepada negara berasaskan perniagaan dan perindustrian kerana UMNO telah meletakkan asas berkenaan sejak DEB dilancarkan. Akan tetapi apabila pemegang amanah korporat (nominees & proxy) UMNO ini turut terlibat dalam perniagaan, situasi telah bertukar kerana kepentingan politik serta kepentingan ekonomi turut dimanipulasikan. Situasi ini semakin sukar dipisahkan apabila orang Melayu yang dibantu oleh UMNO dahulunya telah menjadi jutawan atau ahli korporat yang Berjaya. Mereka terus bergantung pada elit politik untuk memastikkan survival perniagaan mereka terjamin. Sementara itu elit politik pula bergantung kepada elit ekonomi berkenaan untuk terus mengukuhkan kekuasaan bagi orang Melayu untuk megumpul kekayaan, jalan pintas adalah dengan menjadi ahli politik. Jawatan dalam hieraki UMNO bukan lagi jawatan sukarela, tetapi menjadi rebutan kepada semua peringkat. Amalan kronisme dan nepotisme dibenarkan, politik wang berlanjutan, kerisis kepimpinan bertukar ganti dan perpecahan perpaduan Melayu adalah berpunca dari gejala tindakan aktor dalam kepimpinan UMNO.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: