Demokrasi, Kepimpinan & Keselamatan Dalam Politik Malaysia (cet.3)

Product Code: 9789679427158
Availability: In Stock
Price:
RM30.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2014. ISBN 9789679427158
  • (kulit lembut). 245 halaman
  • Ghazali Mayudin, Jamaie Hamil, Siti Daud & Zaini Othman (sunt.)

‚Äč

Buku ini membincangkan tiga isu yang saling berkaitan demokrasi, kepimpinan dan keselamatan yang dijangka telah dan akan mendominasi wacana tentang politik Malaysia. Demokrasi dan keselamatan pula sering dilihat sebagai pola yang berlawanan.    Dari sudut pandangan pemerintah, tuntutan demokrasi yang melampau dianggap menjejaskan keselamatan. Manakala, dari sudut pandangan rakyat, kawalan poltik dan keselamatan yang ketat dilihat sebagai bercanggah dengan amalan demokrasi. Walau bagaimanapun, demokrasi dan keselamatan diperlukan dalam mana-mana sistem politik dengan syarat soal keselamatan dilandaskan kepada usaha menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan menjamin ruang yang mencukupi untuk mereka melaksanakan hak mereka sebagai warganegara dalam sistem demokrasi. Untuk mengharmonikan hubungan demokrasi dan keselamatan ini, kepimpinan perlu mementingkan urus tadbir yang baik dan sensitif kepada kehendak dan aspirasi rakyat supaya kepimpinan itu diterima oleh rakyat dan juga masyarakat antarabangsa. Secara keseluruhannya buku ini berpendirian bahawa demokrasi, kepimpinan dan keselamatan adalah perkara pokok yang penting dalam memastikan kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang stabil dan kukuh. Kepimpinan Malaysia telah melakarkan satu bentuk pengurusan demokrasi yang berbeza dengan amalan yang terdapat di Barat. Mengambil kira  faktor seperti struktur masyarakat Malaysia yang rencam, kedudukan geografi Malaysia, perkembangan antarabangsa khususnya ancaman keselamatan yang wujud dalam pelbagai bentuk, kepimpinan Malaysia cuba mengimbangi di antara keperluan untuk mendemokrasikan Malaysia di samping tidak mengetepikan persoalan kepimpinan dan keselamatan negara bangsa.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: