Pilihan Raya Umum ke-13: Refleksi Politik Perubahan

Product Code: 9789674124168
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2016. ISBN 9789674124168
  • (kulit lembut). 181 halaman
  • Mohamad Takiyuddin Ismail & Sity Daud

‚Äč

PRU-13 merupakan manifestasi penerusan politik perubahan walaupun ia masih disaduri oleh kesinambungan politik lama. Tidak sahaja pakatan pemerintah, Barisan Nasional gagal memperoleh majoriti dua pertiga dan kehilangan lebih banyak kerusi Parlimen, tetapi juga gagal mempertahankan undi popular yang dimenangi pakatan pembangkang, Pakatan Rakyat.   Buku ini dihasilkan untuk menimbal pemahaman makro berkenaan PRU-13. Ia tidak hanya memfokuskan kepada pola pengundian dan isu-isu pilihan raya tetapi lebih menjurus kepada penafsiran kualitatif mengenai trend pengundian kelompok tertentu di Malaysia.   Melalui tumpuan ini, ia diharap dapat melengkapkan analisis mikro dan juga kajian kuantitatif mengenai PRU-13. Ia memuatkan kombinasi tulisan dari sarjana kanan dan sarjana muda yang diharapkan dapat memberi dimensi kepelbagaian dalam menyelami isu-isu yang menyelubungi perjalanan PRU-13. Antara isu-isu yang disentuh dalam buku ini ialah mengenai politik baharu, partisipasi tidak formal pengundi muda, gender dan gerakan wanita, gerakan HINDRAF, media atas talian, gerakan Islam dan juga kesignifikanan Pilihan Raya Kecil Kajang 2014.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: