Pendemokrasian di Indonesia: Kelahiran, Penyebaran dan Kematangan Kesedaran Politik

Product Code: 83737393303
Availability: In Stock
Price:
RM40.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 978-967-412-031-3
  • 380 halaman (kulit lembut)
  • Leo Agustino

 

Pendemokrasian di Indonesia adalah peristiwa bersejarah bukan hanya bagi Indonesia,
tetapi juga untuk dunia akademik terutamanya sains plitik. Pendemokrasian di negara
tersebut boleh dijadikan makmal untuk memahami proses pendemokrasian abad ke
-21. Mengapa demikian? Pendemokrasian di Indonesia tiadak hanya diinisiasi dan
dilakukan oleh rakyat serta elit (dalam negara) yang telah sedar akan pentingnya nilai
dan prinsip demokrasi, tetapi terdapat pernana atau ‘campur tangan halus’ daripada
pihak luar antaranya NGO antarabangsa. Kedua-dua aspek ini (peranan dari dalam
dan luar negara) berinteraksi satu sama lain yang berjaya melahirkan, menyebarkan
dan mematangkan sebuah kesedaran politik mengenai pentingnya nilai dan prinsip
demokrasi dilaksanakan di Indonesia. Mengapa interaksi kedua-duanya begitu penting?
Buku ini menggariskan sebelum kesedaran politik menyebar dan matang, bentuk dan
perjalanan sistem politik di Indonesia yang sangat tidak demokratik. Interaksi positif
antara kumpulan prodemokrasi dan sokongan kuat daripada NGO antarabangsa akhirnya
berjaya melahirkan dan mematangkan sebuah kesedaran politk untuk transformasi
politik yang lebih terbuka, bebas daripada represi, tanpa kokongan, dan turut mendokong
harkat martabat manusia sebagai warga negara, apabila Soeharto melepaskan kerusi
kepresidenan pada tahun 1998. Buku ini juga turut membincangkan mengenai impak
posotif pendemokrasian Indonesia seperti lahirnya sistem multiparti, pilihan raya yang
bebas dan adil, pindaan Undang-Undang Dasar 1945, pilihan kepimpinan daerah secara
langsung dan profesionalisme tentera telah mengubah sistem politik daripada autokrasi
kepada demokrasi.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: