Keperluan Remedi Khusus dalam Perlembagaan Persekutuan

Product Code: 9789674126896
Availability: Out Of Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2018. ISBN 9789674126896
  • (kulit lembut). 184 halaman
  • Gan Chee Keong & Ahmad Azam Mohd Shariff

‚Äč

Peruntukan berkaitan kebebasan asasi memang telah lama wujud dalam Perlembagaan Persekutuan dan telah dikuatkuasakan. Sungguhpun begitu, masih terdapat kelemahan dalam penguatkuasaanya sehingga mengakibatkan kebebasan asasi tersebut tidak terjamin dengan baik. Ini berpunca daripada ketiadaan peruntukan khusus dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan remedi yang memelihara serta menguatkuasakan kebebasan asasi di negara ini yang telah mengakibatkan kebebasan asasi belum terjamin dengan baik. Mekanisme yang boleh melindungi kebebasan asasi antaranya ialah mewujudkan peraturan khusus berkaitan remedi dalam Perlembagaan Persekutuan untuk melindungi kebebasab asasi dengan lebih baik. Kebebasan dan remedi tidak boleh dipisahkan dan perlu dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi negara ini. Dalam memaktubkan peruntukan khusus berkaitan remedi tersebut, beberapa faktor seperti keselamatan awam, dokrin pengasingan kuasa, mengimbangi kuasa mahkamah dan menguatkuasakan litigasi demi kepentingan awam perlu diambil kira mengikut acuan norma dan nilai masyarakat tempatan agar makanisma tersebut dapat menjamin perlindungan kebebasan asal dengan lebih baik.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: