Penerapan Mahathirisme dalam Era Pentadbiran Najib Razak

Product Code: 9789674129330
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2019. ISBN 9789674129330
  • 171 halaman (kulit lembut)
  • Muhammad Effendi Ismail

‚Äč

Dari sudut politik, tidak dapat dinafikan Dr. Mahathir adalah antara negarawan yang disegani kawan dan lawan. Ideologinya (Mahathirisme) menjadikan UMNO antara parti yang paling lama bertahan sebagai kerajaan dan pihak pembangkang berjaya diangkat menjadi kerajaan buat kali pertama di Parlimen.
Sepanjang arena politik, tindakan Dr. Mahathir juga sentiasa menimbulkan kontroversi dan adakalanya sukar difahami. Bukan sahaja dalam arena politik negara, tindakan berani beliau juga dilaksanakan terhadap lawan dari luar negara. Contohnya, beliau pernah melancarkan 'Buy British Last' tanda boikot terhadap barangan British serta menyelar pihak Israel yang sentiasa menekan Palestin. Dalam dunia Islam, Dr. Mahathir juga dianggap sebagai duta bagi mengangkat suara dan kebangkitan Islam di peringkat dunia. Justeru, hal ini menjadikan pemikiran Dr. Mahathir (Mahathirisme) menarik untuk dianalisis.
Buku terbitan UKM Press (Penerbit UKM) ini menjanjikan kelainan kepada pembaca dalam memahami ideologi Mahathirisme. Selain itu, penerapan Mahathirisme juga dapat dilihat dalam era pentadbiran Najib Razak. Semoga buku ini sedikit sebanyak dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: