Kanon Melayu

Product Code: 9789674123857
Availability: In Stock
Price:
RM35.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2016. ISBN 9789674123857
  • (kulit lembut). 242 halaman 
  • Norazimah Zakaria

Kanon merujuk kepada teks Sejarah Melayu yang dianggap sebagai model kepada penulisan genre annal atau silsilah. Sejarah Melayu dilihat sebagai teks yang memberi jaminan kepada kesahihan kebenaran. Pengarang tradisi adalah seorang penyalin, penterjemah kerana dia boleh menyadur, merombak dan menyesuaikan sesebuah karya yang asli supaya menjadi karya yang lebih menarik berdasarkan cita rasanya dan mengikut kepada budaya yang melahirkannya. Peranan pengarang sebagai ‘dagang’ yang mengulang kembali teks kanon, iaitu Sejarah Melayu bagi menghasilkan Hikayat Melayu dilihat mempunyai fungsi yang tertentu.  Hikayat Melayu mencerikan kisah zaman sebelum kerajaan Siak, iaitu kisah kesultanan Melayu Melaka sehinggalah kepada kisah kemangkatan Raja Kecil sebagai seorang sultan yang berdaulat dan meninggalkan keturunannya, iaitu di sebelah anak gahara daripada Tengku Mahmud (yang berbalah dengan abangnya Raja Alam, anak orang biasa untuk merebut gelaran Yang Dipertuan Besar Siak) sehinggalah kepada zaman Tengku Akil untuk menerajui pemerintahan di Siak. Tengku Said telah mengisahkan hubungan darah yang berlaku antara Raja Kecil dengan Sultan Mahmud II sebagai peneraju utama cerita, kelangsungan cerita dapat berjalan dengan lancar dengan beberapa episod yang dikaitkan secara langsung dengan kewibawaan Raja Kecil sebagai berdarah keturunan Melaka. Konsep daulat yang ada pada Raja Kecil adalah kesinambungan daripada konsep waadat yang berlaku antara Seri Teri Buana dan Demang Lebar Daun dalam Sejarah Melayu. Sebagai seorang yang berketurunan langsung daripada Iskandar Zulkarnain dan seterusnya Sultan Mahmud II maka daulat yang ada pada diri Raja Kecil tidak boleh dipertikaikan.   Hikayat Melayu bukan sahaja lahir sebagai dokumen budaya atau sastera namun kelahirannya amat penting pada zaman dan keturunannya.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: