Komunikasi Dua Hala Terancang: Satu Aplikasi dalam Penyampaian Cerita Rakyat Melayu (cet.2)

Product Code: 9789674121327
Availability: In Stock
Price:
RM40.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2017. ISBN 9789674121327
  • (kulit lembut). 300 halaman
  • Roslina Abu Bakari

‚Äč

Tradisi komunikasi Melayu sememangnya wujud dalam kalangan masyarakat Melayu sebelum diresapi oleh sebarang bentuk komunikasi moden. Penulisan ini berupaya memperlihatkan bahawa penyampaian cerita rakyat Melayu oleh penglipur lara yang disaksikan, didengar oleh khalayak sehingga menghasilkan interaksi adalah bersesuaian digandingkan dengan komunikasi dua hala. Hubungan dua hala antara penglipur lara dan khalayak berlaku secara bulatan dan dilakukan bersama-sama secara transaksional. Penglipur lara dan khalayak secara serentak bertindak sebagai sumber dan penerima serta bertindak balas antara satu sama lain. Situasi tersebut dapat dibuktikan keserasiannya menerusi pengaplikasian Model R.L: KDHT yang berupaya memperlihatkan hubungan dua hala antara penglipur lara dan khalayak yang amat sinonim kaitannya dengan proses komunikasi.  Proses ini membuktikan bahawa penyampaian cerita rakyat Melayu oleh penglipur lara kepada khalayak tidak dapat dielakkan daripada menerokai unsur komunikasi iaitu unsur asas dan unsur tambahan serta proses enkod dan dekod. Binaan model ini berupaya membuktikan bahawa penyampaian cerita Melayu oleh penglipur lara kepada khalayak berupaya menghasilkan interaksi dan ia menggambarkan proses komunikasi dua hala yang terancang. Manakala elemen yang terkandung di dalam model ini dapat membantu melengkapkan lagi proses komunikasi dua hala antara penglipur lara dan khalayak ke arah matlamat yang dituju. Hakikatnya, proses komunikasi dalam tradisi Melayu mempunyai keunikan tersendiri.   Selain daripada menggabung jalin unsur asas dan tambahan, penambahan elemen seperti hubungan penglipur lara dengan Tuhan, individu, masyarakat, dan alam dapat memantapkan proses komunikasi dua hala yang dilaksanakan. Situasi ini berupaya mensahihkan bahawa komunikasi tidak wujud secara terpencil kerana ia berhubung dengan setiap aspek lain dalam kehidupan. Pelbagai unsur seperti unsur intrinsik penceritaan, ilmu bantu, fenomena alam, pandangan dunia dan budaya adalah antara wahana yang diolah oleh penglipur lara atau sumber untuk menghasilkan cerita rakyat Melayu. Hasilnya, ia dapat memberi makna dan mencetuskan pelbagai interprestasi kepada khalayak. Oleh yang demikian itu, lengkaplah gambaran kehidupan manusia yang dirungkaikan menerusi cerita rakyat Melayu dan penyampaiannya oleh penglipur lara atau tukang cerita yang berasaskan nilai, pandangan dunia dan budaya Melayu.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: