Kegemilangan Maritim Kesultanan Melayu Melaka

Product Code: 9789674124977
Availability: In Stock
Price:
RM40.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2017. ISBN 9789674124977
  • (kulit lembut). 266 halaman
  • Mohd Samsudin, Zulkanain Abdul Rahman & Aziz Ujang

‚Äč

Buku ini adalah berasal daripada hasil penyelidikan yang telah dilakukan oleh penyelidik daripada universiti tempatan dan luar negara yang dibentangkan dalam Seminar Malaka sebagai Pusat Penubuhan Maritim Antarabangsa. Bab-bab dalam buku ini disusun mengikut tema bagi memudahkan pemahaman mengenai perkembangan yang berlaku pada zaman Melaka. Kandungan buku ini berkisar tentang kajian arkeologi berkenaan pengiraan semula tarikh penubuhan dan pengasasan Negeri Melaka yang dikatakan bermula sejak awal 1262 Masihi. Pada masa yang sama, tajuk lain yang diberikan tumpuan adalah Melaka sebagai palabuhan maritim yang berasaskan kepada sumber dari China dan sejarah hubungan Ryukyu-Melaka yang berasaskan sumber dari Jepun. Selain itu, buku ini juga menyingkap tentang kehebatan pelabuhan Melaka berasaskan sumber sejarah Indonesia, selain daripada menyentuh aspek kegemilangan hubungan diplomatik Empayar Melaka. Pada ketika itu, Melaka Berjaya menjadi kuasa perdagangan terpenting yang telah menarik kuasa besar dunia mengadakan hubungan perdagangan dengan Melaka. Melaka juga telah menjadi pusat penyebaran Islam pada rantau ini kerana Sejarah Melayu telah menggambarkan Melaka sebagai empayar Melayu dan Islam yang teguh dan stabil berdasarkan susunan politik tradisional yang teratur. Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang menjadi panduan Raja-raja dan para pembesar Melaka mentadbir Kerajaan Melaka. Buku ini amat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan dalam menelusuri sejarah Kesultanan Melayu Melaka. 

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: