Identiti Cina Muslim di Malaysia: Persempadanan Perundingan & Kacukan Budaya

Product Code: 9789674120177
Availability: In Stock
Price:
RM40.00

Qty: - +
   - OR -   
  • ISBN 978-967-412-017-7
  • 250 halaman (kulit lembut)
  • Hew Wai Weng

 

Di Malaysia, orang Melayu didefinisikan sebagai Muslim menurut Perlembagaan
Persekutuan, manakala orang Cina bukan Muslim. Bertolak daripada tanggapan citra
“masuk Islam itu masuk Melayu”, kini terdapat sesetengah Cina Muslim yang berusaha
menonjolkan identiti kacukan unit mereka melalui penggabungan unsur Cina dengan
Islam seperti Persatuan Cina Muslim Malaysia, masjid seni bina Cina dan restoran
halal Cina. Namun, pertembungan budaya yang tidak terhenti terus berlaku, khususnya
melalui pergaulan sosial dan perkahwinan campur dengan orang Melayu. Dalam
kehidupan harian identiti kebanyakan Cina Muslim bersifat fleksibel, di mana mereka
dapat menyesuaikan identiti mereka yang berganda bergantung kepada keadaan semasa
dan pelakunya. Berdasarkan kerja lapangan yang dijalankan sepanjang tahun 2002
hingga ke 2004 di sekitar Lembah Klang, buku ini meneliti persempadanan, perundingan
dan kacukan identiti Cina Muslim melalui beberapa aspek seperti penglibatan politik
dan persatuan, penamaan, banci, label etnik serta representasi budaya seperti pakaian,
makanan, seni bina, bahasa dan perayaan. Buku ini menganggap identiti Cina Muslim
sebagai cermin yang menarik kepada kerumitan kedudukan etnisiti dan agama, serta
kedinamikan interaksi etnik di Malaysia.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: