Larut Daerah Terkaya

Product Code: 9679425452
Availability: In Stock
Price:
RM25.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2001. ISBN 9679425452
  • (kulit lembut). 170 halaman 
  • Mohd Zamberi A. Malek

‚Äč

Artifak sejarah membuktikan sejarah Larut yang panjang. Buminya yang subur dan kaya sudah diterokai sejak lama dulu. Larut yang moden dibangunkan oleh Long Jaafar dan Ngah Ibrahim yang giat mengusahakan lombong bijih timah. Mereka memperkemas pentadbiran Kelian Pauh sehingga mengundang ramai pendatang Cina mencari rezeki di situ. Pembukaan banyak lombong bijih timah di Larut telah menjadi punca kekayaan dan Negeri Perak. Kekayaan ini pula membawa kemakmuran ekonomi dan mengundang kemasukan pendatang dari daerah lain. Pertumbuhan pesat Larut telah mewujudkan konflik sehingga mencetuskan tiga peperangan besar di Larut (1861-74). Dengan kedatangan British, orang Melayu kehilangan kuasa politik. Namun, Larut terus maju sebagai daerah terkaya dan menjadi Ibu Negeri Perak. Di sini kemudian tumbuh kegiatan intelektual dan politik Melayu. Abu Bakar Baqir giat membangun Al-Ehya Al-Syarif di Gunung Semanggol. Pertumbuhan dunia persuratkhabaran Melayu di Singapura dan Pulau Pinang, kemudian mempercepatkan lagi pertumbuhan kesedaran anti penjajah di kalangan penduduk Perak. Rakyat yang mahukan pendidikan terus mendesak sehingga tertubuhnya Sekolah Melayu Matang Gelugor (1826). Teacher Training College tertubuh di Taiping pada tahun 1897 dan Maktab Perguruan Sultan Idris ditubuhkan pada 1922. Kesatuan Melayu Muda (KMM) menubuhkan cawangan pertamanya di Taiping pada 28 Februari 1938, yang menyemarakkan lagi kegiatan politik di Perak.

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: