Nusantara: Malaysia dan Geopolitik Laut China Selatan

Product Code: 9789674124571
Availability: In Stock
Price:
RM20.00

Qty: - +
   - OR -   
  • 2017. ISBN 9789674124571
  • (kulit lembut). 44 halaman
  • Hans-Dieter Evers (diterjemahkan oleh Abdul Muein Abadi)

 

Abstrak

Malaysia ialah sebuah negara maritim yang terletak di lokasi strategik di antara Laut China Selatan dengan Selat Melaka. Ruang maritim di antara Lautan Hindi dengan Lautan Pasifik ini telah dikonsepsikan sebagai ‘Nusantara’ semenjak abad ke-14 lagi. Pada mulanya gagasan ini digunakan untuk merujuk kepada ruang laut yang wujud di antara pulau-pulau yang dianggap sebagai wilayah milik empayar Majapahit dan juga milik pelbagai kerajaan Melayu di sekitarnya; namun melalui perjalanan sejarah, konsep ini telah berubah dengan memberi makna yang berbeza-beza. Menurut makna asalnya, Nusantara merupakan sebuah konsep budaya dan geopolitik, yang merujuk kepada wilayah bumi dan air (tanah air) dengan sempadannya yang tidak begitu jelas dan berubah-ubah, yang pada hari ini merangkumi wilayah Asia Tenggara bahagian maritim serta perairan laut-laut sekitarnya. Justeru, dalam syarahan ini, Laut China Selatan ditakrifkan sebagai ‘laut mediterranean’, yang daripada perspektif Malaysia, merupakan sebahagian daripada Nusantara. Adalah dicadangkan di sini supaya konsep Nusantara digunakan bagi menggubal sebuah dasar maritim Malaysia. Dasar yang berasaskan wilayah geografi ini boleh wujud secara bersaing dan seiring dengan dasar ‘poros maritim’ Indonesia serta dasar ‘Laluan Sutera Maritim’ China.

 

 

Biodata
Hans-Dieter Evers ialah Profesor Emeritus Universiti Perancangan Pembangunan, Felo Kanan, Center for Development Research (ZEF), University of Bonn dan Profesor Kursi Pok Rafeah Keenam (2016-2017) di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia. Selepas menyelesaikan pendidikan pascasiswazah beliau dalam bidang sosiologi, ekonomi, dan geografi di University of Freiburg, Jerman, beliau mengajar sosiologi di Mannheim School of Economics, Monash University, di Yale University (di mana beliau juga ialah Pengarah Pengajian Siswazah Asia Tenggara), University of Singapore (Ketua Jabatan), dan Bielefeld University (Dekan dan Pengarah). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Profesor Pelawat di Singapore Management University, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universitas Gajah Mada, EHESS (Paris), University of Hawaii, sebagai Felo Pelawat di Trinity College (Oxford), sebagai Profesor Pelawat Kehormat di National University of Singapore dan pada 2012-14 sebagai Profesor Pelawat Utama, Universiti Brunei Darussalam.

 

 

Penyelidikan beliau yang terkini adalah berkait dengan konsepsi ruang maritim, Laut China Selatan, dan tadbir urus pengetahuan. Beliau telah menerbitkan sejumlah besar buku, artikel jurnal berwasit, dan bab dalam buku. Beliau ialah penyunting bersama buku Catalysts of Change: Chinese Business in Asia (World Scientific 2014); Beyond the Knowledge Trap: Developing Asia’s Knowledge-Based Economies (World Scientific 2011); Governing and Managing Knowledge in Asia (Edisi semakan kedua, World Scientific 2010); The Straits of Malacca (Berlin: LIT 2008); Southeast Asian Urbanism: The Meaning and Power of Social Space (Singapore: ISEAS/McGrawHill 2000); dan The Moral Economy of Trade (London: Routledge 1994).

Write a review


Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: